Thursday, January 28, 2016

Basikal oh basikal


Sabtu lepas, sehari sebelum Thaipusam, kami pergi lagi ke Taman Metropolitan Kepong.
Kesian kat anak, baru baik demam asyik terperap kat rumah jer kan.
Sampai kat sini pukul 5.15 petang gitu.
Jalan pun tak jem sangat kat area Batu Caves.
Nak parking pun senang.
Dekat jer dengan pintu masuk.


Mula- mula nak sampai, tengok cuaca dah mendung.
Nampak kilat memancar-mancar.
Alamak, nak hujan ker.
Sedikit frust.
Bila dah siap parking kereta, standby bawa payung.


First thing, beli pistol bubble untuk Sophia.
Harga rm11 ada bunyi.
Seronok dia.
Bila lalu tempat basikal, tengok-tengok ada lagi basikal yang ada carrier tu.
Terus ambil satu.
Bayar sewa rm10 untuk satu jam.


Mula-mula husband bawa Sophia.
Aku kenalah jalan kaki.
Lepas tu tukar turn.
Berjaya juga pusing satu taman tu dalam masa satu jam.
Tapi semput juga lah.
Trek basikal ni ada yang turun naik bukit.
Bertabahlah part nak naik bukit tu.
Tak adalah tinggi macam bukit tonggek kat UiTM tu.
Tapi boleh tahan lenguh gak kaki mengayuh.
Ohoi badan dah tak fit.
Mem besar Sophia memang bahagia lah dia duduk belakang tu.














Petang sabtu yang menyeronokkan.
Berbaloi sewa basikal ni.
Tak rasa rugi pun.
Sampai ke sudah langsung tak hujan.
Mendung berangin jer.
Syukur Alhamdulillah.
Malam tu tiga beranak tidur awal.
Letih nau.
Hahahaha...


Tuesday, January 26, 2016

Bahagiaku


Eh seronoknya harini ada orang hantar pergi office.
Hahahahaha.
Bukan selalu yer dak.
Sekali dan sekala.
Itupun semalam pasal apa tah, kepala aku pusing-pusing.
Mata macam kabur-kabur sikit.
Mungkin sebab dari pagi mengadap komputer lepas tu sambung buat editing pulak.
Petang semalam whatsapp husband tanya balik pukul berapa.
Dia kata balik macam biasa, so minta tolong dia untuk drive balik.
Motor parking kat office aku jer.
Dengan kepala pening ni tak confident aku nak drive balik.


4.30 petang aku ambil Sophia siap-siap.
By the time husband sampai 5.30 petang tu, tak payahlah nak u turn ambil anak.
So far trafik okey.
Tak adalah teruk sangat jem.
Pukul 6 petang dah selamat sampai rumah.
Sempat aku tidur jap dalam kereta.
Sakit kepala ni ubatnya tidur je.


Memang bahagia kalau suami boleh ambil dan hantar pergi kerja.
Tapi nak buat selalu tak dapek la kan.
Sesekali tu boleh lah jugak.
Bukan apa, kadang-kadang letih juga awal pagi keluar rumah drive bawa anak kecil.
Lepas tu nak mengadap jem pagi-pagi especially area rumah pengasuh.
Yerla, mak bapak pun sibuk nak hantar anak pergi sekolah kan. 
Lepas tu nak kejar time punch in kat office.
Cukup masa pukul 5 petang nak berkejar ambil anak pulak.
Menjadi travel-working-mom ni sebenarnya amat memenatkan.
Especially kalau time hujan.
Haru rasanya.
Mana nak pegang payung, dukung anak, dengan beg galas sendiri dengan beg anak lagi.
Memang mencabar.
Itu belum lagi peel anak yang nak kena layan.
Membesar dalam kereta jer la anak aku ni kan.


Ada juga terfikir nak tukar pengasuh.
Nak cari yang duduk dekat dengan rumah aku ni jer.
Tapi itulah, tak confident rasanya.
Aku pun tak kenal sangat orang-orang situ.
Lagipun pengasuh sekarang tersangatlah baik.
Senang nak di bawa berbincang.
Kalau berlaku apa-apa hal, memang senang aku yang sampai dulu.
Dah masuk taska nanti pun, kena juga hantar area office sebab senang untuk aku keluar tengahari pergi ambil dia balik sekolah.
Kang sekolah jauh-jauh, siapa pula nak uruskan dia.
Betul tak?


Dah jadi mak-mak ni, memang banyaklah benda nak kena fikir.
Back up plan kena sentiasa ada.
Lagipun semua mak kat dunia ni nak yang terbaik untuk anaknya.
Okeylah, ada kerja nak buat.
Nanti sambung lagi.
Sayonara.



Monday, January 25, 2016

Anak demam


Dua minggu lepas adalah hari yang mencabar dalam hidup aku.
Bila anak sakit, memang tak tidur malamlah dibuatnya.
So aku buat kronologi cerita sikit.


14 Januari 2016.
Khamis (Day 1).
Malam tu suami cakap badan Sophia ada sikit panas.
I thought dedor-dedor sikit tapi rupa-rupanya memang panas.
Eh demam ni.
Malam tu tidur dia tak berapa lena sangat.
Menyusu jer sepanjang malam.


Jumaat (Day 2).
Aku ambil emergency leave.
Badan Sophia masih panas.
Suhu dalam 38.2 gitu.
Selalunya dan kebiasaanya, bila demam, dia masih aktif di siang hari.
Tapi hari tu, memang tak aktif pun.
Nak baring jer.
Nak tidur jer.
Memang minta susu.
Makan and minum tak nak.
Kesian tengok.
Siang tu aku rajin mandikan dia dalam tiga kali.
Selalunya bab mandi dia suka berendam lama-lama.
Kali ini nak mandi pun menangis-nangis.
Jirus laju-laju.
Kepala tak lap biar basah.
Pakaikan baju nipis.
Buka kipas and tidurkan dia.
So the whole day tu memang tidur jer.
Kalau bangun pun layan tengok kartun sahaja.
Lepas tu tidur balik.
Malam pun macam tu juga.
Tak ada mood nak main ke apa ke.
Aku minta suami standby ubat demam yang masuk bontot tu incase kalau malam-malam suhu dia mencanak naik ke 39°c atau 40°c.
Itupun kalau dah emergency sangat.
Sirap paracetamol ada jer dua botol kat rumah.
Standby juga.
Lepas tu aku kunci jam.
Setiap jam aku bangun untuk sapu minyak peppermint di tapak kaki dia dan jerlum kepala dia.
Sophia ni tak suka kalau kita letak kain lembap atas kepala dia.
So aku guna spray air jer.
Campur sikit air paip dengan cuka epal.
Syukur malam tu dia lena tidur.
Menyusu macam biasa.
Malam tu memang aku jadi burung hantu jaga anak sakit.


Sabtu (Day 3).
Pagi tu aku memang flat sungguh.
Terus sambung tidur sebab terlalu mengantuk.
Tugas menjaga anak di sambung oleh ayahnya.
Anak dah siap mandi semua, kami berdua terus tidur.
Check badan dia masih panas.
Dalam pukul 11 pagi gitu, husband kejut aku bagitahu dia nak pergi office kejap.
Dia ada belikan nasi lemak and kuih.
So lepas dia pergi kerja tu, aku bangun mandi and makan laju-laju.
Takut kang Sophia bangun menangis.
Now memang mood dia tak baik, dia kuat merengek sikit.
Kuat menangis.

Lepas dah siap makan, dalam pukul 1 petang macam tu, si kecik dah bangun aku layan dia tengok kartun.
Check badan masih panas.
Minyak pepermint dan spray air memang 24 jam pada aku.
Lepas tu aku mesej suami, kalau Sophia masih demam petang tu, kita pergi klinik.
So far tak ada selsema batuk.
Mungkin viral fever.
Fortunately petang tu, nampak dia dah okey.
Dah nampak aktif sikit.
Tak adalah nak terbaring tidur jer kan.
Suhu badan pun macam dah turun.
Alhamdulilah.
So tak jadi nak pergi klinik.
Malam tu aku balun sup tulang banyak-banyak.
Makan garlic supplement dan vitamin c.
Telan habatussauda semua bagai.
Sebagai ibu menyusu, itu cara untuk menyalurkan khasiat kepada anak.
Malam tu aku masih lagi kunci jam dan berjaga untuk pantau suhu badan dia.
Tidur malam lena.


Ahad (day 4).
Memang dah sihat nampaknya.
Aku ajak husband keluar pergi mall.
Bawa Sophia jalan-jalan kesian dia memerap kat rumah.
Sejam jer sempat lepak luar.
Budak kecik tu dah merengek nak balik tidur.
Mood tak baik.
Balik tu terus tidur.

Dekat pukul 6 petang juga baru bangun.
So far badan tak panas lagi.
Malam tu berselera dia makan nasi dan sup ayam.
Cuma emosi jer tak berapa stabil.
Kuat menangis.
Kadang-kadang tanpa sebab pun nak menangis,
Tabahlah mama dan ayahnya melayan.
Time anak tak sihat ni memang menguji kesabaran sikit.


Isnin (day 5).
So far okey.
Tak demam.
Aktif macam biasa.


Selasa (day 6).
Pengasuh whatsapp aku beritahu badan Sophia dedar balik.
Tak aktif sangat asyik tidur jer.
Petang tu ada mesyuarat di office.
Aku minta tolong pengasuh pantaukan suhu badan dia.
If tak okey, dan ada masalah lain, aku akan datang terus ambil.
Pengasuh kata so far okey cuma badan rasa dedar sikit.
Petang tu dalam pukul 430 petang baru aku dapat keluar ambil anak.
Ada rasa panas sikit badannya.
Ada selsema sikit.
Malam tu masing-masing tidur awal.
Aku pun dah flat sebenarnya.
Kepala berat semacam.
Husband balik lambat ada mesyuarat malam di office.
Kalau esok Sophia masih demam, kena juga bawa pergi klinik.


Rabu (Day 7).
Dah sihat sepenuhnya hari ini.
Syukur Alhamdulilah.
Now back to normal.
Aktif, ceria dan banyak akal.


So far, aku cuma guna natural remedies jer untuk Sophia.
Cuka epal, minyak kelapa dara (vco), air penyejuk badan cap badak, serta minyak essential peppermint, thieves dan lemon.
Sekarang ni musim panas kan.
Memang mudahlah nak kena sakit.
Musim denggi plak tu.
Sabor jer la.
Apa-apa pun prevention is better than cure.
Minum banyak air (nasihat untuk diri sendiri).
Jaga diri memasing okey.
Till then, sayonara.






Wednesday, January 13, 2016

Time management


Hari ini dah masuk minggu ke dua Januari.
Sekarang ni memang aku gerak awal pagi dari rumah.
Macam tahun sebelumnya, 6.50 pagi baru gerak.
Sampai rumah ibu (pengasuh) dalam pukul 7.30 pagi gitu.
Kalau aku gerak lambat dalam 7 pagi memang sangkut habislah dalam jem.


Tahun ni gerak awal, sebab nak jaga office punya time management system (TMS).
Kena punch 8 pagi tepat.
Tak boleh lewat seminit dua.
Bos nak pantau disiplin.
So nak tak nak, aku memang kena gerak awal.
Now 6.40 pagi dah gerak dari umah.
Sampai rumah ibu dalam 7.10 pagi.
Jem sikit bila dah sampai area Pantai Dalam.
Sophia pun dalam tempoh 2 minggu ni memang banyak tidur dalam kereta, jadi lebih senang nak angkut dia naik rumah ibu.
Sampai rumah terus masuk dalam buai.
Aku pun boleh punch in 7.30 pagi dengan senang hati.


Tapi kalau dia tak tidur, aku kena layan dia dulu kat rumah ibu.
Dekat bawah rumah ibu ada orang jual kuih-kuih, nasi lemak semua.
Aku tapau kuih untuk dia dan bagi dia makan minum dulu.
Dalam setengah jam gitu, baru aku slow-slow cakap nak pergi kerja.
Biasalah budak-budak mood tak berapa baik pagi-pagi.
Jadi kena layan dulu, pujuk baik-baik baru boleh keluar.
Dah siap menyusu makan semua baru mood dia okey.
Itu yang kena sampai awal rumah ibu.
Sebab aku bukan jenis yang tinggal anak lepas tu chow terus.
Selalunya pagi-pagi tu lah ada masa nak bersembang dengan ibu pasal Sophia.
Petang pula terus ambil anak tak dan nak sembang-sembang sebab takut jem.
Sebelum 5.30 petang tu make sure dah keluar dari area situ.






Sampai rumah selalunya dalam pukul 6 petang.
Itupun kalau jalan clear.
Aku memang tak sanggup nak stuck lama-lama dalam jem.
Dengan budak kecik lagi.
So kena standby entertainment dalam kereta.
Download siap-siap cerita kartun bagi dia leka.


Bulan ni belum start shooting lagi, boleh lah nak balik on time kan.
Esok-esok dah start kerja, memang kena pandai atur masa.
Sebab tu time management is very important to me.
Dan aku sangat anti pada orang yang tidak pandai menghormati masa.
Lambat 5 atau 10 minit lagi, aku boleh tahan.
Lambat berjam-jam memang boleh bikin marah.


So let's work smart.
Masa yang ada tu biarlah dihabiskan untuk keluarga bukannya kerja teruk-teruk sampai tak ada masa untuk keluarga.
I tidak suka okey.
Life is short so make it sweet.
Ada faham.
Good.
:-)




Bermimpi di siang hari


Aku jealous tengok budak-budak office sekarang berniaga buat side income.
Macam-macam diaorang buat.
Ada yang buat kek, brownies, puding bagai.
Ada yang jual tudung.
Ada yang jual nasi dagang, nasi kerabu, eh macam-macam lagi la.
Buat bisnes makanan, memang laku kalau jual kat office aku ni.
Pandai korang berniaga.
Macam aku, dah tepu otak berfikir.
Sebab tiada kepandaian.
Nak masak, tak pandai masak.
Nak jual produk, pemalu ya amat nak jumpa orang.
Nak jahit, memang tak mampu.
See...
Nangis ni.


Kalau setakat nak harapkan gaji sekarang ni memang berangan lah nak pergi bercuti mana-mana.
Eh, tak bersyukur pulak kan.
Orang lain tu sampai kebuluran kelaparan tak makan.
Vacation jer kau fikir.
Baiklah. Saya insaf.


Sesuatu yang menyedihkan bila diri ini tiada kepandaian yang boleh dibanggakan.
Kadang-kadang terasa macam looser sangat.
At least kalau pandai masak tu, macam-macam boleh jual kan.


Hasrat di hati ni tersangat-sangat teringin nak ada coffee house sendiri.
Menu nak ada makanan tradisional Malaysia dan campuran barat.
Berkonsepkan 90an, aku pasang lagu backstreet boys, spice girls, siti nurhaliza, ziana zain masa awal- awal nak naik dulu.
Hahahaha.
Ada corner untuk budak-budak main, ada mini library.
Siap dengan penjaga.
Don't worry.
Mak ayah sila makan dengan aman.
Hahahahaha...
Okeylah, nak sambung berangan.
Sayonara.


Tuesday, January 12, 2016

Ulangtahun perkahwinan.


28 Disember 2015 yang lalu, adalah ulangtahun perkahwinan kami yang ke 3.
Tak ada celebrate apa-apa pun, husband belanja makan kat luar esoknya.
Itupun dah rasa happy.


Alhamdulilah.
Dah 3 tahun rupanya usia perkahwinan kami.
Personally, aku belum jadi wife yang terbaik lagi.
Banyak sangat rompong sana sini.
Sorry husband.
I will try to be better.
Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan karenah isterimu ini.
Semoga kita bahagia dunia akhirat.
Insyaallah.




Ni aku cilok dari facebook husband.




Dan yang ini dari facebook aku sendiri.
Motip letak gambar sekolah???
Hahahahaha.
Sajer feeling-feeling muda.
Bukannya selalu.
Bagilah can.



Monday, January 11, 2016

Dilwale





Minggu lepas berjaya juga aku layan DILWALE.
Panggung wayang memang full house memanjang.
Nak tengok better book tiket dulu.


Dan jangan pergi tengok dengan expectation yang tinggi melangit.
Just for fun and enjoy the movie.
Sebab kalau baca movie review, sedikit sebanyak akan buat kau stress especially bila semua dok bising- bising pasal kecantikan Kajol.
Eh mak memang stress tau.


30 minit pertama, memang tak ada apa-apa yang berlaku.
Selepas scene di hospital, baru rasa seronok.
Sewaktu pengenalan watak Kaali.
Fuh, berdebar-debar aku tengok Shah Rukh Khan lawan dush-dush.
Ada style la.
Masuk part Kajol, ayoyo eh perempuan, kenapa kau makin cantik?
Pakai qu putih ker macam mana?
Cerita yang bermula dengan mendatar tadi semakin menarik.
Actually part SRK dengan Kajol jer yang orang nak tengok kan.
Sebab gandingan mereka berdua ni memang hebat.


Jalan cerita biasa-biasa sahaja.
Tidak terlalu berat.
Boleh dijangka apa yang akan berlaku seterusnya.
Ramuan utamanya macam biasalah, ada percintaan, kasih sayang kekeluargaan, happy dan sedih.
Ditambah lagi dengan aksi tembak menembak, lagu dan tarian, memang cukuplah rempah dalam DILWALE ni.
Macam biasa, penonton lebih teruja dengan klip lagu Gerua yang superb.
Lagu Janam-janam paling aku suka.
Melodinya indah.
Cewah.
Frust sikit sebab part percintaan mereka tak banyak.
Rasa macam tak cukup, tak puas.
I want moreeeeeeeeee...
Eh.


Macam aku cakap awal-awal tadi, jangan expect terlalu tinggi.
Jangan bandingkan dengan filem lama Dilwale Dulhania Le Jayenge atau Kabhi Kushi Kabhi Gam.
Memang jauh lah antara langit dan bumi.
DILWALE hanyalah satu kisah cinta yang terhalang dek ayah masing-masing bermusuhan.
Akibat salah faham, mereka berpisah dan bertemu semula selepas 15 tahun.
Watak adik masing-masing hanyalah sebagai perencah penyedap cerita sahaja.
Watak mereka kurang menarik bagi aku.
Tapi aku puji sebab pengarah berjaya bagi karakter yang berlainan pada setiap watak.
Aku suka watak Mani, Oscar Bhai, Anwar dan King.
Lawak pun memang betul lawak.
Fresh idea.
Aku kadang-kadang confuse ini cerita lawak atau cerita sedih,
Hahahahahaha.


So berapa bintang?
Ermmmmmm... 3 bintang jer kot.
Baru tahu pengarahnya Rohit Shetty adalah pengarah yang sama untuk filem Chennai Ekspress.
Patutlah sinematografi cantik sangat.


Eh ada sesiapa perasan, last scene masa Kajol di hospital.
Ayat yang SRK sebut pasal senorita tu.
Hehehehe.
Kalau perasan baguslah.


Eh tau tak maksud DILWALE?
Dari hasil carian google, maksudnya adalah "berjiwa besar" atau Bahasa Inggerisnya adalah "big hearted".


Suami nak ajak tengok Bajirao Mastani.
Tengok trailer dah macam Devdas pula.
Oh pengarah yang sama rupanya.
Dah boleh bayang set and costumes macam mana.
Tak apa, dah tengok nanti, barulah kita komen ok.


Tuesday, January 5, 2016

Layang-layang terbang melayang.


Akhirnya tercapai hasrat nak pergi Taman Metropolitan Kepong atau lebih dikenali sebagai Taman Layang-Layang di Kepong.
  Selepas berbulan- bulan plan asyik tak jadi.
Jerebu la, hujan la, balik kampung la, kerja la.
Macam- macam halangan kan.
So kali ini, sebut jer nak pergi, tak nak tangguh- tangguh lagi.
Time masing-masing tak sibuk ni, moh ler bawa anak pergi taman.


Dari rumah ikut MRR2 jer.
Tak de la jauh sangat.
Dalam 5.30 petang sampai sana, pergh ramainya manusia.
Memang gigih ler masing-masing.
Jalan memang sesak sebab semua nak masuk ke kiri jalan, nak masuk parking.
Nasib baik suami bijak, kami u turn dan parking kereta tepi petronas and lintas ke seberang jalan guna jejantas.
So tak ada pening kepala nak cari parking yang memang confirm full house dalam tu.


Sophia happy.
Dapat main bubble, dapat makan aiskrim, dapat tengok layang-layang dan dapat main gelongsor.
Huhuhu.
Aku cadang nak sewa basikal tapi memang kehabisan sokmo.
Basikal yang ada carrier kat belakang tu.
Sesuai bawa anak.
Tapi tak apa, kita jalan jer la.
Pusing satu taman.



First thing kita beli pistol bubble kat sini.
Rm10 harganya.
Dapat pistol, 2 bekas buih dan bateri free.
Pistol ada lampu warna warni gitu.
Sepanjang jalan tu memang dia fokus kat bubble tu jer.



Area padang ni memang banyak layang-layang.
So lepak jap kat sini.
Kaki pun dah start lenguh.







Nak lalu kat jalan ni kena hati-hati.
Sebab kat sini juga laluan untuk penunggang basikal dan motor mini.
Yang bawa anak tu rajin-rajinlah tengok kiri kanan.











Ada orang bawa kucing-kucing comel ke sini.
Siap pakai baju lagi.
Si kecik ni memang tak takut kucing.
Selamba jer datang dekat belai-belai kucing.


Nak buat apa pula lepas ni?



Thanx mama, belanja aiskrim.



*Abaikan muka pucat yang tak semenggah itu.


Lepas ni kena pakai kasut yang bersesuaian.
Aku pakai selipar tak sesuai tahap nak tercabut kaki lepas tu.
Sophia macam biasalah.
Bab nak balik rumah memang liat lah.
Menjerit- jerit tak mau balik.
Sabarlah nak.
Nanti kita datang lagi yer.

Sunday, January 3, 2016

Awal tahun.


Tahun Baru.
Aku demam.
Dari malam tadi tidur tak lena.
Bersin tak berhenti.
Hidung berair.
Kepala berat.
Tidur pun nak dekat pukul 11 malam sebab layankan anak tak nak tidur awal.
Suami kerja balik lewat.
Bunyi bunga api berdentung dentang pun aku langsung tak dengar.


Bangun pagi tu dalam pukul 9, aku tarik selimut ke ruang tamu.
Selepas siapkan sarapan anak, aku sambung tidur di sofa sambil beritahu Sophia 'mama nak sleep. Mama demam'.
Pap, terus pengsan tak sedar diri.
Dalam mamai gitu, aku sempat beritahu suami, aku demam dan nak tidur.
Lepas tu dalam pukul 1 tengahari aku terjaga.
Tengok Sophia tengah main sorang-sorang.
Dah siap mandi.
Perut aku dah berbunyi-bunyi minta di isi.
Suami ajak keluar beli barang dapur.
Aku mulanya tak nak ikut.
Rasa tak larat lagi.
Nak jer minta husband tapaukan nasi.
Tapi tak boleh jugak, saper nak tengok anak.
Budak kecik ni bukannya boleh sorang-sorang tak ada orang nak layan dia.
Aku hanya mampu terbaring jer time tu.
Nak suruh dia bawa sekali Sophia keluar, lagilah payah.
Mana nak setelkan barang, mana nak setelkan dia lagi.
So dalam pukul 3 petang selepas Sophia dah bangun tidur, aku bangun mandi and bersiap.
Kepala rasa berat sangat.
Perut pun dah berlagu-lagu.
Kuatkan hati.
Gagahkan diri.
Kalau asyik tidur sepanjang hari pun mana nak sihat.


Sampai jer AEON Big Wangsa Maju, terus pergi makan dulu kat My Mom's Chicken Rice milik Linda Onn.
Bila dah buat order semua, dalam 10 minit macam tu, pelayan dia beritahu, menu nasi ayam lambat sikit nak kena tunggu.
Ayam dalam 35 minit nak kena salai, nasi 15 minit nak kena tanak.
Nasib baik aku order soto ayam jer.
Kesian kat anak dan suami nak makan nasi.
So tukar menu.
Dua tiga kali juga la pelayan tu datang beritahu pasal menu tu masalah, menu ni masalah.
Mesin rosak katanya.
Memang dugaan sungguh di Tahun Baru ni.
Kalau beritahu awal-awal kan senang, kami dah chow makan tempat lain.
Dah la perut sangat lapar dari pagi tak makan.
Nasib baik soto ayam aku sampai awal dari tu.
Tapi still tak kenyang sebab berkongsi dengan anak.
Kuantiti tak berapa banyak.
Kuah jer lebih.
Di hujung cerita, nasi yang sampai nasi lembik.
Lauk chicken fillet sweet sour yang husband aku order pun, tak sedap.
Dua tiga suap jer beliao mampu telan.
Sudahnya husband aku hilang selera and ajak keluar.
Sad ending di situ.


Kami terus naik ke tingkat atas ke arah supermarket.
Crowd boleh tahan.
Beli apa yang patut dan terus bayar.
Kepala masih tingtong.
Sebelum balik tapau dinner kat kedai makan area umah.
Tekak aku macam biasa nak sup tulang jer.
Balik umah mandi and sambung tidur.
Kepala berdenyut macam nak pecah.
Sapu minyak peppermint bagi reda sikit sakit.
Mujur esoknya sakit dah hilang.
Bolehlah ke pasar tani sambung beli barang makanan pula.


Tahun ni rasa macam nak rajin kan diri untuk memasak.
Jimat duit sikit.
Tapi bila pergi pasar pun tergamam juga tengok rm150 habis macam tu jer.
Aku beli ayam sekor, ikan, sotong, udang, buah dan sayur.
Fuh, dah lama tak pergi pasar.
Aku bajet dalam dua atau tiga minggu untuk bahan mentah ni. 
Itupun kalau hari- hari memasak.
Hari biasa memang tapau kedai jer.
Sampai rumah pun dah pukul berapa.
Itupun aku spend 30 minit awal dengan anak dulu sebelum buat kerja lain.
Kalau terus masuk dapur, memang tak jalan kerja aku.
Kan best ada maid tak payah nak masak.
Okey bye!!!