Monday, November 30, 2015

Movie Time.


Sabtu adalah hari yang dinanti-nantikan.
Sebab dah plan dengan suami nak bawa Sophia tengok wayang.
Ni kali ke 3 kami bawa dia tengok movie kartun.
Percubaan pertama tonton Inside Out berjaya dengan lancarnya.
Tak nangis, tak bosan, tak meragam.
Fokus. Fokus dan fokus.
Cuma kena layan la bila dia mintak susu.
Kerap pulak tu.
Takper lah, aku layan kan jer.
Kamu buat macam kat rumah pulak yer.
Sambil susu sambil layan kartun.



Percubaan ke 2 juga berjaya.
Layan movie Hotel Transylvania 2.
Fokus sampai habis.
Selingan juga dengan susu.
Hahahahaha.
Tapi aku lah lenguh-lenguh badan nak adjust position yang sesuai untuk dia.


Dan seterusnya movie ke 3.
The Good Dinosour.
Yang ini dia tak berapa fokus sangat.
Banyak scene yang buat dia takut.
Contoh bunyi kilat, ribut, bunyi raksasa (movie pendek awal cerita).
Dalam setengah jam lagi nak habis, dia nampak ada 2 orang budak keluar.
Dia pun ajak mama dia ni keluar.
Jom mama. Jom mama.
Siap cabut stokin and buka sweater semua.
Aku umpan dia duduk kat tangga sebelah seat kami tu.
Dia bawa sekali patung hello kitty dia duk kat tangga tu.
Sian ayah kamu dah bayar seat mahal-mahal nak oi!
Kat tangga juga kamu nak duduk yer.
Finally berjaya juga stayed sampai habis.
Banyak part bersembang.
Tu yang Sophia bosan sikit kot.
Tapi secara keseluruhannya, movie ni memang best.





Kalau korang nak minta tips macam mana nak bawa anak kecil pergi tengok wayang, aku memang takde tips.
Bergantung pada anak masing-masing.
Sophia pun first time tengok wayang, masa umur dia nak mencecah 2 tahun baru aku confident nak bawa.
Risau gak takut dia bosan, meragam, tak fokus, berlari sana sini (normal wei).
Tapi kalau tengok kartun kat tv, memang fokus habis.
Tak berkelip mata.
Tu yang baru berani nak bawa tengok movie pulak kan.
And make sure, anak dah kenyang sebelum bawa masuk.
So takde lah nanti terganggu nak makan la, nak minum ler, nak itu ini ler.
Sophia masih menyusu, so tak ada masalah untuk aku.
Aku bawa bantal kecil jer untuk keselesaan dia masa menyusu.
Letih wei nak pangku.
Hahahaha.
Lagi satu pastikan masa tayangan tu bersesuaian.
Aku suka tengok tayangan pukul 11 pagi.
So dalam pukul 12 lebih, movie dah habis.
Continue pergi lunch, then balik rumah dia terus tidur.
So settle.
Anak tak meragam.
Mak ayah happy.



Ingatkan nak breakfast kat rumah.
Tup tap gas habis.
So, moh ler breakfast kat luar.
Kami sampai Aeon AU2 ni dalam pukul 10 pagi.
Movie start pukul 11 pagi.
Husband dah beli tiket online siap-siap.
So ada masa lagi.







Macam mem besar kan.




Sementara nak tunggu hall buka, kita posing dulu yer.
Bergambar kat poster ni pun, Sophia dah cuak.
Takut dinosour katanya.



Don't worry sayang.
Mama kan ada.



Ayahnya beli two seat jer.
Tapi anak dah conquer satu seat sorang-sorang.
Bukannya tak nak beli extra seat.
Tapi once lampu dah padam, terus dia datang duduk dengan aku.
So no extra seat please.


Kali ini tak bawa bantal kecil, gantikan dengan patung hello kitty.


Ni time nak balik.
Aku singgah supermarket jap beli barang.
Fuh, perut kenyang, mata pun dah mengantuk time ni!



Hepi Saturday for Sophia.
Dapat jalan-jalan tengok movie dan dapat baju baru.
Next time kita pergi lagi yer.


Sunday, November 29, 2015

Post-birthday-celebration.


Wah, bukan main siap ada post birthday pulak yer.
Aritu celebrate bertiga jer kan.
Kali ni kita sambut dengan nenek, opah, tok abah, saudara mara dan jiran-jiran kat kampung halaman di Ipoh.
Combine sekali dengan kenduri kesyukuran untuk adik aku yang berangkat ke Sandakan, Sabah untuk melangsungkan pernikahannya di sana.
Aku memang tak dapat nak join pergi Sabah sebab cuti tinggal sikit jer tahun ni.
So mak dan abah jer yang pergi sambil ditemani rakan rapat mereka.
(Ketika post ini ditulis, adik aku dah selamat bernikah dengan pilihan hatinya pada 20 November which is Jumaat yang lalu) 
So buat kenduri doa selamat ni awal seminggu pada 14 Nov, sabtu lepas.
Sophia pun genap 2 tahun 2 minggu time tu.
Kita baca yasin dan makan-makan sikit.
Si kecik ni bukan main excited dapat pakai baju princess.
Sekarang ni dia amat berkecenderungan untuk bergaya.
Korang tengok ler gambar dia bukan main dah pandai nak bermekap.



Tolong mekapkan neneknya sekali.



Yang pastinya lipstik ni bukan aku yang punya. 
Nenek dia punya.




Eye shadow pun nenek kesayangan beliao yang punya.




Fuh!




Kek birthday red velvet ni order kat kawan aku.
Marvellous.


Crown penyepit rambut tu ayah dia yang belikan hari tu.
Mujur nak pakai.
Princess sangat.
*Tangan di bahu*


So, happy day for everyone.
Sayonara.

Wednesday, November 25, 2015

Angkara batuk.


Start sabtu malam yang lepas, Sophia memang tidur tak berapa lena sebab batuk.
Time siang, takde batuk.
Time malam, bukan main kuat batuknya.
Kesian dia tidur terganggu.
Aku pun berjaga juga tiap kali dia batuk tu.
Sapu essential oil kat badan dan tapak kaki dia.
Rasa geram jer nak tolong korek tekak.
Gatal merenyam.
Kipas pun dah buka slow.
Kang kalau tutup, lagilah susah nak tidur si kecik ni sebab dia spesies kuat berpeluh.


Siangnya nak bangun pergi kerja memang bercinta habislah.
Memang mengantuk tahap apatah.
Tu yang selalu lewat masuk office tengahari cenggitu.
Seriously, aku tak mampu nak drive kalau mengantuk sangat.
Malam tadi pun dah start berdenyut kepala.
Mintak suami urutkan, lega sikit.


Bangun pagi tadi pun masih bersisa sakitnya.
Tak boleh nak fokus sangat masa drive.
Rasa sakit balik berdenyut-denyut.
Nasib baik malam tadi (rabu) batuk dia dah tak teruk.
Tapi tetap tak lena tidur.
Kejap pusing sana pusing sini.
Menyusu pun sampai tertonggeng-tonggeng atas badan aku.
Siap ajak bersembang lagi tu.
Aduhai.
Pukul berapa dah ni.
Tidurlah sayang.
Esok pagi mama nak pergi kerja.


Bila jam handphone aku bunyi pukul 6, time tu lah dia baru nak lena.
Aku kadang-kadang kesian jugak nak kejut.
Tu yang sampai terbabas dua beranak bantai tidur tak ingat dunia.
Sedar-sedar pukul 9 pagi.
Ohhhhhh emmmm geeee...


Takperlah, hujung-hujung tahun ni boleh ler ambil kesempatan sikit.
Bukannya ada kerja pun.
Eh!
By the way, dah gaji kan, jom shopping.
^_^



Wednesday, November 4, 2015

Macam-macam nak cerita.


Bila time nak tdoq ka, nak makan ka, nak masuk toilet ka, dalam meeting ka, macam banyak jer idea or cerita yang masuk dalam kepala.
Konon-konon nak share dalam blog.
Tapi biler ko dah depan laptop, tetiber macam blur tak tau nak start story tu macam mana.
Nak taip intro tu memang payah sungguh la.
Taip jap, delete, taip jap, delete lagi.
Eh, sampai ke sudah tak bertaip.


Aku bukannya apa.
Now ada ler masa sikit nak berehat-rehat, goyang kaki kat opis.
Laptop ni pun dah lama peram kat rumah.
So, aku bawak ler simpan kat opis dengan harapan boleh ler nak taip entry hari-hari.
*Muntah hijau*
Aku pun nak jugak buat side income.
Dapat gaji dari nuffnang.
Pasni leh jadik fulltime blogger.
*Tangan di bahu*


Ni tetiber rindu anak la plak.
Tengah buat apalah si kecik tu kat rumah pengasuh?
Sophia darling, jom balik rumah.
Kita tdoq.
Malam tadi kamu tak lena sangat tdoq.
Pusing sana pusing sini.
Mata mama dah juling ni.
Menahan ngantok bangun pagi-pagi.
Kan best opis belakang rumah jer.
Lagi 5 minit pukul 8 pagi, baru kita bangun.
Kesian kita berdua pagi-pagi kena keluar awal untuk elak jem.
Kamu doakanlah mama cepat-cepat dapat jadik fulltime blogger.
Boleh lah kita spend time together-together, bangun and tdoq sesuka hati.
Oh bahagianya!




Doa sesungguh untuk mama yer.
^_^
Amin...


Sunday, November 1, 2015

Besday Girl.


Cerita semalam. 
1 Nov 2015.
Maka dengan ini genaplah umur puteri kesayanganku, Sophia Xaviera yang ke 2 tahun.
Alhamdulilah.
Berjaya jugak target aku utk fully bf anak selama 2 tahun.
^_^
*Clap clap*


So jom layan gambor.
Oh lokasi birthday girl kali ini adalah di Chemistry Cafe + Lab, Shah Alam.



Exsplosive Crunch Mille Crepe Cake.
Sedap ni kebabom!!!



Selamat merasmikan kek.




Aummmmmmmmmmmmmm...





Nak makan sendiri, suap sendiri.
Dah besar katanya.


"Bukan selalu mama aku bagi peluang makan benda manis cam gini. Indahnya dunia". Getus hati kecilnya.



Hepi Besday BFF.


Okeylah, BFF ayah jugak.


Happy faces.



Oreo Crush Waffle yang super sedap.



Kopi "kimia".
Huhuhu...
Safe to drink.



Love you Darling!


Sebelum itu, jom throwback setahun yang lalu punya birthday.









*Teary eyes*
Besar dah kamu yer.
Macam dah 20 tahun jaga kamu.
Hahahaha.
Okey then, sayonara.