Wednesday, March 22, 2017

CUTI-CUTI MELAKA

Jalan-jalan Melaka sempena budak opis kawen 4 Mac lepas, hari Sabtu di Muar.
So lepas abes kenduri tu, kita chow terus ke Melaka.
At least ada aktiviti boleh buat kat sana.
Nak duk Muar, limited place nak jalan-jalan kan.


So here we are.
Gerak dari rumah dalam 9 pagi gitu dan sampai ke sini dalam 1.30 petang.
Perjalanan KL- Muar 2 jam jer.
Tapi biasalah, kalau ada anak kecil, banyaklah persinggahannya kan.
Kecik ker tu....




Baju kurung Sophia tu, ayah dia belikan sehari sebelum kenduri.
Kalau dah namanya ready made, saiz memang besar.
Maaf la sayang, tak sempat nak hantar alter.
Dah macam baju pinjam jer.
Huhuhu.



Sementara menantikan pihak pengantin yang belum kunjung tiba. 


Cantikkan pelamin dia.
Menggamit memori pulak.
Cewah.




Elok jer habis sesi tepung tawar dari pihak keluarga pengantin, kitaorang laju-laju serbu pengantin kat tempat makan.
Husband aku tak ada dalam gambar sebab dia tukang ambil gambar.
Aku pun kejam tak panggil dia bergambar sekali.
Huhuhu.


Comel kan pasangan pengantin ni.

Semoga korang bahagia selalu okey.



Berhenti kejap kat Dataran Tanjung Emas.
2 beranak ini mau tukar baju.










Ni ayahnya yang bawa ke sini bergambar.
Aku duk dalam kereta jer la.
Panas kat luar tu.












































Dari Muar ke Bandar Hilir Melaka ni, kami guna jalan dalam iaitu Lebuh AMJ.
So tak payah ikut PLUS.
Kitaorang guna google map.
Masing-masing memang tak mahir jalan.
Kami gerak pukul 3 petang, dalam 4.30 petang check in hotel.
Lambat sikit sampai sebab kitaorang tak jumpa jalan masuk ke Hotel Swiss Garden.
Siap berpusing-pusing dalam Kampung Morten padahal hotel sebelah tu jer. 
Cuma dipisahkan dengan Sg. Melaka jer.


Finally sampai dengan jayanya.
Walaupun banyak cabaran dan dugaan sepanjang proses nak check in tu.
Hotel ni ada 2 tower.
Dia gabung sekali dengan Shopping Mall & The Shore punya hotel.
So bila check in, dah dapat key card, kena cepat-cepat tengok dia tulis tower mana satu.
Tower 1 or tower 2.
Macam aku haritu, husband drop aku kat lif tower 1.
So aku turun dulu ke groundfloor untuk check in hotel, receptionist situ kata, itu untuk residents The Shore jer.
So aku kena keluar dari main door and jalan sikit ke tower 2 (bangunan tu selepas Starbuck).
So bila naik lif, aku kena transit lif 3A, kemudian keluar dari area tower 2 tu dan carik pulak tower 1 sebab nak ke parking semula.


Confused jugaklah mula-mula tu.
Dia punya signage tu pun tak clear.
Lepas tu kalau naik lif, bukan terus boleh ke bilik masing-masing.
Kena tukar-tukar lif pulak kat tingkat 3A.
Lif ke bilik lain, lif ke parking pulak lain.
Kalau banyak lif takper jugak.
Lambat nau nak menunggunya.
Orang pulak ramai.
Ermmmmm... Aku tak gemar keadaan itu.


Tapi mujurlah, bilik ko lawa weh.
So apa lagi, ini mem besar cepat-cepat tukar baju mandi.
Keistimewaan hotel ni, dia ada swimming pool yang sangat besar dan best.
Mula-mula aku booking hotel ni pun, sebab aim pool dia.
Tapi bila dah sampai sini, aku jadik trauma and fobia.
Fobia sebab anak aku pernah warded sekali HKL sbb pneumonia & pneumothorax.
Jangkitan kuman akibat air kolam yang tercemar.
So takperlah.
Mandi jerlah dalam bilik.
Lagipun banyak sangat penyakit sekarang ni.
So prevention is better than cure.
Aku tak sanggup lagi berendam air mata bila anak tak sihat.




Tu dia...
Next top model Malaysia.















Ini kerja 2 beranak. 
I tak terlibat.
Busy.
Kemas beg.





Anyway, tab mandi dia besar jugak.
Puaslah dia berendam dalam tu.




































So kami stay di bilik deluxe twin.
Ada 2 katil single bed.
Kat booking.com masa tu harganya RM248.
Breakfast is not included.
My bad sebab tak double check.
Rugi jer bayal mahal-mahal almost rm300 tapi tak include makanan sekali.
Aku sangat suka sarapan hotel.
Sebab bufet and banyak choice.

So lesson learnt.
Masing-masing memang kuat makan kot!
Aku especially.
Nak keluar mencari tempat makan di tempat asing bukanlah kepakaran kami sekeluarga.
Hahahaha.




*Lakonan semula*





Dia punya beranda ni memang best.
Mengadap Sungai Melaka.
Seberang sungai tu pula Kampung Morten.


View bersepah namanya ni.


Masa untuk berendam lagi.
Air sedang disiapkan.


Nampak tak entiti yang sedang berendam tu.
Hahahahaha.


Hai kakak...



Sungai Melaka.


Boleh nampak River Cruise kat bawah tu.








Bye bye bot...







Hello hello.







Malamnya tu, aktiviti kami adalah River Cruise.
Dah alang-alang sebelah hotel.
Boleh jalan kaki jer dari hotel.
Kitaorang ambil tiket pukul 9 malam punya.
So setengah jam sebelum tu dah boleh ready di tempat menunggu.


Dah kenapa kebiruan macam avatar ni?














Sejam jugak lah dia bawak pusing-pusing.
Tempat yang sama jer pun, diulang-ulang berkali-kali.
Aku menguap jer la.
View aku tak cantik sangat sebab tempat duduk pun tak best.
Duduk mengadap orang. 
Time ni, otak pun dah fikir tilam jer.
Ngantuk wei.
Nak balik cepat nak tidoq.


So sekian sahaja entry percutian kali ni.
Untuk details pasal hotel tu, korang boleh bukak link Hotel Swiss Garden ni.
Perkongsian dari blogger Julia Johari.
Complete & sangat details.
The end.


4 comments:

  1. Memang hotel swiss ni dia punya signage kurang bold...ritu julia pergi sekeluarga pun kena tukar lif hahaha...tp best swiss ni water park dia mmg ohsem sgt !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, baru perasan akak onah ada kredit blog entry julia pasal hotel ni...terima kasih kak onah, jasa akak di kenang selalu...happy tgk anak sis enjoy mandi dalam bathup tu puas2 hehehe rasa nak pi lagi la hehe

      Delete
  2. hahahaha... mls nk story lebih2. i is pemalas. refer kat blog julia senang citer. hahaha

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera Tuan/Puan, semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki (Amiin)… Kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung/Jakarta. Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
    Call : +6282214441280
    WhatsApp : +6282214441280
    WhatsApp : +6282282222896
    Email : dhanibandung@yahoo.com
    Blog : Melancongdibandung.blogspot.com (Dhani Tour Bandung)
    Website : http://www.Dhanitourindonesia.com
    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang…
    Kami pun menyediakan paket transport dan hotel
    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
    Wassalam, Terimakasih…
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhati Tour Bandung… (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja.. Terima kasih

    ReplyDelete