Thursday, March 2, 2017

Sophia sekolah: Part 2






Comel tak?
Hahahaha.
Ni antara aktiviti-aktiviti di sekolah tadika kakak.
Gambar-gambar yang aku share ni adalah barisan murid yang berusia 4 tahun sahaja.
Budak umur 5 dan 6 tahun, dorang ada cikgu sendiri dan silibus masing-masing.
So tak campur.
Budak 4 tahun ni takde ramai sangat.
Dalam 7 orang kalau tak silap.
Kat sekolah ni aku ambil sekali pakej day care.
Maksudnya dari pagi sampai petang.


So far aku suka sekolah ni.
Environment dia, lokasi dia, cikgu-cikgu dia, pendekatan dia.
Berbanding sekolah-sekolah lain yang aku dah recce awal-awal hari tu.
I think this is the best school for kakak.
Yang penting lokasi sekolah ni kat kawasan perumahan.
Ada tanah & ada ruang yang luas kat luar sekolah tu.
Taknak ler budak-budak ni terperap jer kalau tadika dalam bangunan kan.
Pihak sekolah ni pun baru jer berpindah lokasi sebenarnya.
Sebelum ni, sekolah dia dalam bangunan jugak.
Tapi hujung tahun lepas, mereka berpindah ke lokasi baru.
Rezeki aku kot.
Memang aku aim sekolah yang bertanah ni.


Setelah berbincang 4 mata dengan husband ai (4 mata kata ko), kami bersetuju untuk hantar dia ke sekolah ni.
Memang nampak macam kesiannya anak ko nak kena travel jauh-jauh setiap hari.
Kenapa jauh dari rumah?
Well, first of all, yang penting adalah waktu punch in bekerja aku.
Aku kena gerak by 7 pagi to make sure aku boleh sampai office before 8 pagi atau tepat 8 pagi.
Aku ambil normal office hour iaitu 8am-5pm.


Memang nampak macam mudah sebenarnya kalau hantar sekolah yang berdekatan dengan area rumah jer.
Tapi itu semua akan melewatkan aku ke office.
Dan aku juga kena siapkan anak aku dengan lebih awal.


Let say sekarang dia bangun by 6.30 pagi (itupun aku dah rasa kesian sangat nak kejut dia awal pagi), tapi timing tu dah okey.
Ayah dia akan mandi & siapkan dia.
So kalau ada masa lagi, sempatlah aku bagi sarapan dulu.
Just light breakfast macam biskut or roti ker cicah ngan milo.
Then, pukul 7 pagi gerak, aku sempat punch in pukul 8, lepas tu baru kami boleh pergi makan breakfast yang heavy punya.
Kakak kalau lapar, memang dia meragam sikit.
So kena pastikan dia kenyang secukupnya baru hantar ke sekolah.
Kat sekolah memang ada sediakan sarapan.
Tapi pukul 9 pagi atau 9.15 baru boleh makan.
Knowing her, memang timing tu sangat lambat sebenarnya.
Dia spesies yang buka mata jer, terus nak makan.
Hahaha.
Kalau tidak, memang bad mood ler.


Aku tak bagi dia bekal sebab dia ni pemalu.
Dia tak suka kalau budak-budak lain tengok-tengok dia.
Takkan nak makan depan diaorang pulak dah.
Kesian nanti kat dorang jugak melopong tengok dia makan sensorang.
Hahahaha.


Dan sebenarnya aku pun taknak susahkan teacher dia.
Nak kena fokus kat dia seorang pulak dah.
So takper, aku kenyangkan dia dulu baru aku hantar ke sekolah.
So dia happy barulah takde drama pagi-pagi.


Sebab... kalau aku hantar ke sekolah area rumah, pukul berapa pulak dia nak kena bangun lepastu nak mengadap sarapan pagi berat-berat kat rumah, lepas tu pukul berapa aku nak gerak ke office.
Ayah dia memang boleh hantar naik motor, but still masing-masing kena gerak awal juga ke office.
Aku taknak lah pagi-pagi rushing paksa dia makan cepat-cepat sebab ayah & maknya dah lambat.
Kesian budak tu.


So takyah pening-pening.
She can eat her light breakfast kat rumah atau dalam kereta.
Simple.
Perjalanan adalah dalam 40 minit gitu.
Kalau dia ngantuk, dia boleh tidur dulu dalam kereta.
If not aku buka cerita kartun.

Tapi kalau aku ada kerja awal pagi, tak sempat nak bawak dia gi sarapan, so no worries.
Aku bagi bekal untuk dia makan di rumah pengasuh.
Hahaha.
Mana pulak datang pengasuh dalam cerita ni.
Pengasuh lama dia tu la. 
Yang duduk kat belakang office aku.


So aku hantar dia ke rumah pengasuh dulu, kemudian aku terus ke office dan punch in.
Dan dia pun boleh makan dengan tenang kat rumah pengasuh dia.
Begitulah ceritanya.


Aku hantar dia percubaan untuk seminggu (hujung Januari).
Tengok dulu macam mana.
Happy ker tak happy ker.
Lepas seminggu tu, aku terus daftarkan dia kemasukan Februari.
So sekarang dah sebulan dia di situ.
So far so good.
Dah pandai baca doa makan.
Dah pandai repeat ayat teacher.
Dah pandai hafal lagu erti fatihah.
So sweet.


Moh kita layan gambar jer .
Sekarang ni dia lah murid yang paling muda, paling kecik, paling manja.
Uniform jer tak dapat lagi sebab takde saiz.
Wakakaka.


Now, teacher panggil dia Xaviera bukan Sophia.
Sebab dalam kelas tu dah ada murid lain nama Sofia.
Hahaha.
Xaviera pun Xaviera la nak.
Yang penting rambut berjurai-jurai keluar tu yang WIN kan!




















Ni time waktu tidur tengahari.
Masing-masing ada katil sendiri.
So takdelah tidur berterabur kat lantai kan.
Kemas jer masing-masing susun katil.
Bilik budak lelaki & perempuan di asingkan.
They are very well organised kat sini.
Bagus pengurusan sekolah ni.
I Like!!!
The end.

No comments:

Post a Comment