Tuesday, January 5, 2016

Layang-layang terbang melayang.


Akhirnya tercapai hasrat nak pergi Taman Metropolitan Kepong atau lebih dikenali sebagai Taman Layang-Layang di Kepong.
  Selepas berbulan- bulan plan asyik tak jadi.
Jerebu la, hujan la, balik kampung la, kerja la.
Macam- macam halangan kan.
So kali ini, sebut jer nak pergi, tak nak tangguh- tangguh lagi.
Time masing-masing tak sibuk ni, moh ler bawa anak pergi taman.


Dari rumah ikut MRR2 jer.
Tak de la jauh sangat.
Dalam 5.30 petang sampai sana, pergh ramainya manusia.
Memang gigih ler masing-masing.
Jalan memang sesak sebab semua nak masuk ke kiri jalan, nak masuk parking.
Nasib baik suami bijak, kami u turn dan parking kereta tepi petronas and lintas ke seberang jalan guna jejantas.
So tak ada pening kepala nak cari parking yang memang confirm full house dalam tu.


Sophia happy.
Dapat main bubble, dapat makan aiskrim, dapat tengok layang-layang dan dapat main gelongsor.
Huhuhu.
Aku cadang nak sewa basikal tapi memang kehabisan sokmo.
Basikal yang ada carrier kat belakang tu.
Sesuai bawa anak.
Tapi tak apa, kita jalan jer la.
Pusing satu taman.



First thing kita beli pistol bubble kat sini.
Rm10 harganya.
Dapat pistol, 2 bekas buih dan bateri free.
Pistol ada lampu warna warni gitu.
Sepanjang jalan tu memang dia fokus kat bubble tu jer.



Area padang ni memang banyak layang-layang.
So lepak jap kat sini.
Kaki pun dah start lenguh.







Nak lalu kat jalan ni kena hati-hati.
Sebab kat sini juga laluan untuk penunggang basikal dan motor mini.
Yang bawa anak tu rajin-rajinlah tengok kiri kanan.











Ada orang bawa kucing-kucing comel ke sini.
Siap pakai baju lagi.
Si kecik ni memang tak takut kucing.
Selamba jer datang dekat belai-belai kucing.


Nak buat apa pula lepas ni?



Thanx mama, belanja aiskrim.



*Abaikan muka pucat yang tak semenggah itu.


Lepas ni kena pakai kasut yang bersesuaian.
Aku pakai selipar tak sesuai tahap nak tercabut kaki lepas tu.
Sophia macam biasalah.
Bab nak balik rumah memang liat lah.
Menjerit- jerit tak mau balik.
Sabarlah nak.
Nanti kita datang lagi yer.

1 comment:

  1. hi, menarik taw perkongsian ni. btw done follow, follow me back :)

    ReplyDelete