Monday, April 4, 2016

Besday husband

1 April 2016 yang lepas, genaplah 33 tahun usia suamiku terchenta.
Dari tahun lepas dah plan dengan officemate dia nak buat surprise, tapi tak menjadi.
So tahun ni, menjadi juga walaupun plan nak surprise pagi-pagi bertukar ke petang barulah besday boy dapat potong kek.


Alkisahnya pagi Jumaat 1 April tu, si kakak demam.
Aku ada kerja nak kena settle kat office plus nak ambil kek and sandwich untuk di hantar 'surprise' ke office husband.
Kakak merengek sikit pagi tu, yer la tengah tak sihat kan, so aku suggest husband untuk jaga kakak dulu sementara aku pergi office.
Dalam pukul 10 pagi aku balik rumah.
Mula-mula tu memang rasa nak bawa jer kakak ikut aku ke office, tapi dah sampai kat kereta, mood macam okey pulak dengan ayah dia.
So aku beritahu husband untuk jaga dia kejap.


So lepas dah settle urusan office semua, aku tunggu ambil kek dan sandwich lepas tu pecut pergi office husband.
Unfortunately, semua kawan-kawan office dia tak available pagi tu sebab kena turun taklimat ker apa ker kan.
Jadinya plan 'surprise' tu bertukar ke waktu petang selepas solat jumaat.
Better late than never la kan.


By 3.15pm dapat whatsapp dari officemate dia, surprise berjaya.
Yessssssssss.
Finally.
Itu jer lah yang termampu ku lakukan.
Nak celebrate sendiri makan kek, memang tak lah kan.
Coz knowing him, memang bukan pemakan kek tegar.
Dolu-dolu aku bagi jugak one slice cake tapi penyudahnya aku dengan kakak yang bedal.
Hahahahaha.


So kali ni aku try la buat something special sikit.
Belanja makan kawan-kawan office husband sekali.
So balik rumah petang tu, happy jer muka dia.
Siap ajak kami keluar dinner and belanja kakak sepasang kasut adidas.
Untung laaaaaaaaaaaa.
Mama yang buat surprise, anak yang dapat ganjaran.
Not fair. Huh!


So Happy Birthday yang ke 33 untuk suami tersayang.
I love you so much.
Thanks for everything.
Sorry for anything.
Thanks for taking such good care of us.
You are my hero.
Now and forever.



No comments:

Post a Comment