Tuesday, November 29, 2016

Shooting WALLA (part 9) - Restoran Vanggey


Tarikh: 28 Julai 2016 
Lokasi: Restoran Nasi Vanggey, Taman Permata
Episod: Nasi Bajet
Segmen: 2 (Bersama Blogger)
Blogger: Julia Johari
Krew RTM: Fazreen, Visva, Ijat, Nafis







Nasi ni sebenarnya sangat fofular di Ipoh.
Walaupun dah buka cawangan di KL, mereka masih lagi menggunakan rempah ratus yang dibawakan khas dari Ipoh.
Ini bagi memastikan kualiti rasanya tetap sama.

Ayam goreng Vanggey memang hidangan paling laris dan top di sini.
Dalam set nasi vanggey ada ayam goreng merah, telur rebus, jelatah timun dan kuah kari campur.
Selain tu ada juga lauk pauk lain seperti kambing, ikan, udang, sotong dan daging.
So dalam satu set ni harganya lebih kurang dalam RM8.
Keistimewaan Nasi Vanggey ini adalah pada ayamnya berwarna merah dan sambal karinya yang pekat dan penuh dengan rasa rempah ratus.


'Vanggey' yang bermaksud 'mari' dalam Bahasa Tamil ini sememangnya makanan yang cukup terkenal di kalangan semua bangsa tak kira Melayu, Cina dan India.
Pendek kata, nasi vanggey ni memang kegemaran ramai.
So untuk episod kali ni, kita masukkan Restoran Nasi Vanggey dalam episod 'Nasi Bajet'.


Ini memang suasana biasa sebelum nak start shooting.
Huhuhu...



*Rehearse dulu, ambil mood.


So inilah blogger jemputan kita, Julia Johari
Orangnya memang ceria, happening dan best sangat.
Ini shooting yang paling pantas sepanjang WALLA bermula, dalam 3 jam dah settle.
Hebatkan blogger kita ni.
Hahahaha.

Kitaorg bagi guideline sikit jer, but dia boleh elaborate semua point dengan baik.
Memang natural sangat, tak nampak berlakon pun.
Yang paling penting, serasi dengan Brian.
Ada chemistry gitu.
The best thing is, dia buat homework, research and siap pi makan dulu kat vanggey ni.
Good job.
Really appreciate that.





Memang gandingan yang sangat serasi.
Shooting pun tak stress.
Gelak-gelak jer.




Untuk demo masak, kita highlight pada penyediaan ayam goreng vanggey dan sambal kelapa.
Most of the ingredients adalah rahsia dan special dari Ipoh, so kita shoot bahan atau rempah yang sudah siap di bancuh terlebih dahulu.




Behind the scene.
Gambar ehsan dari Julia.


Restoran ni dibuka pada setiap hari, jam 8 pagi - 2 pagi.


For details boleh tengok facebook:WALLA RTM
Atau instagram Walla RTM & abangbrian.
BloggerJulia Johari
Untuk menonton semula program WALLA terdahulu boleh buka link ini: WALLA RTM (ULANGAN)

No comments:

Post a Comment