Tuesday, May 9, 2017

Kawen @ Bentong Pahang


Ahad lepas (7 Mei), kitaorang satu family sempatlah merasa makan nasi minyak di Bentong, Pahang.
Sebenarnya tak jauh mana pun, sebelah Gombak jer pun.
Pengantin lelaki tu satu office dengan husband aku.
Kami ke sana berkonvoi dengan officemate dia.
Perjalanan dalam sejam rasanya.
Sempatlah aku ngan Sophia terlelap setengah jam dalam perjalanan.
Kami sampai dalam pukul 1 macam tu.
Dia punya panas memang tahap membara punya.
Berpeluh-peluh daku dibuatnya.
Dah lama tak makan kenduri kat kawasan kampung.
Selalu pi kat dewan jer.
Dah siap aircond kipas bagai.
Kali ni, memang cair lah mekap mak.
#diva.


Tapi ayam masak merah & sambal belacan dia sedap betul ler.
Rasa macam nak tambah nasi.
Aku bukan peminat nasi minyak.
Selalu aku ambil portion sikit-sikit jer sekadar lapik perut.
Tapi kali ni, memang berkeroncong sungguh perut aku.
Padahal pagi tu dah bedal nasi goreng.
Memang sedap betul la lauk dia.
Kena dengan tekak aku.


Selepas sesi makan, macam biasalah of course nak bergambar ngan pengantin.
Time kitaorg nak masuk ke pelamin tu, DJ dia (seorang makcik) terus announce yang sesi bergambar akan dihentikan sementara sebab pengantin dah lapar.
Husband pun cakaplah, sekejap jer nak ambil gambar.
Sekali makcik tu ulang lagi yang pengantin dah lapar.
Eh makcik ni!
Sib baik pengantin lelaki cakap okey.
Giler cakap tak boleh.
Kawan-kawan datang dari KL beramai-ramai tu.


Udah ler tengah panas berdeting.
Orang dah ramai.
Bukan taknak tunggu tapi faham-faham lah yer.
Kitaorang pun nak terus balik.
Ker sebenarnya makcik yang lapar ni?


Aku time kahwin dulu mana ada masa fikir nak makan.
Sibuk layan kawan-kawan nak bergambar jer.
Kahkah.
Iyolah.








Gambar Sophia ngan aku berdua ni memang sajer jer nak buli ayah dia suruh ambil gambar banyak-banyak.
Pengantin sibuk makan, kita pinjam ler kejap pelamin dia.
So how, cantik tak kitaorang sedondon warna coklat gelap.

Sophia konsepnya kebarung+seluar palazo.
Tapi palazonya tak lebar sangat.
Tujuan buat seluar, bagi senang sikit dia bergerak.
Okey tak?
Abaikan kasut dia yang tak matching tu.
Asalkan tak sakit kaki berjalan.
Aku memang langsung tak bukak spek hitam tu.
As I said, Malaysia is a very hot country.
I tak tahan u olls.
Nanti mata bengkak.
#bilalaginakmelaram



Hai, siapa nama awak?


Peace yo!!!


#tersipumalu






Ada satu lagi kenduri kahwin bulan ni.
21hb nanti kat Johor.
Kawan S jugak.
Alang-alang luar KL, of course ler kita pergi bercuti & jalan-jalan sekali harung kan.
Oh tazabar rasanya.
Tunggguuuuu...
:-)
The end.

No comments:

Post a Comment