Saturday, June 17, 2017

Down with fever di bulan puasa


Hai korang.
Lagi seminggu jer lagi nak raya.
Preparation camno?
Baju raya kami anak beranak dah siap Isnin lepas time Nuzul Al-Quran tu.
Alang-alang on the way dari Ipoh ke KL, terus singgah rumah tailor kat Selayang ambil baju.
So baju dah settle.
Kuih raya pulak takde lagi.
Sebab budak-budak office dah tak ambil order macam dulu-dulu lagi.
Kalau dulu meriah dengan tester dan borang nak order kan.
This time, macam menyepi jer masing-masing.
Takperlah,  nanti kita carilah kat mana-mana.
Kalau sempat laaaaaa.


Aku masih kerja lagi Isnin-Jumaat depan.
Bosannya.
Budak-budak office mesti dah cuti awal.
Maka sangaplah aku di office sensorang nanti.
Sekolah Sophia pun start cuti pada 23 Jun (Jumaat).
So Khamis tu last hantar pergi sekolah.
Esoknya confirm follow aku pergi office.
Nak hantar rumah ibu (pengasuh), aku tak rajin nak u-turn balik Pantai Dalam dari office.
Takut jem macam Khamis lepas.
Aritu, pukul 4.15 petang aku keluar office (lewat 15 minit jer), pastu u-turn Pantai Dalam ambil Sophia, pastu aku lalu balik depan RTM, dah pukul 4.45 petang, memang confirm lah jem.
Pukul 6 petang baru sampai rumah.
Badan aku jadi penat sangat.


Esoknya Jumaat, memang aku jadi lemau.
Sampai demam-demam dibuatnya.
Sakit tekak perit, kurang minum air, lepas tu dengan panas terik, dengan keletihan mengadap jem, dengan tak bangun sahur, maka aku terus down with fever.
Aku ni tak boleh stress sangat.
Antibodi sangat rendah, demam cepat sangat menyinggah.
Lepas tu ubat tak boleh telan, so memang kena rest betul-betul.
Itu jer penawarnya.


So aku cakap dengan S, please jaga anak.
Sophia tu memang 24 jam nak berkepit ngan aku.
Especially bila tidur.
Diakan tak putus susu lagi.
Bila demam ni, aku tak larat la nak layan dia.
So aku suruh ayah dia tidurkan dia.
At the end, aku juga yang kena tidurkan anak.
Dia langsung tak makan pujukan ayah dia.
Untung jadi lelaki, boleh amek MC rehat jer kat rumah.
Kalau perempuan, takde maknanya nak MC rehat sesajer.
Anak tetap keutamaan.


Today second day demam, I feel better now.
Panas dalam.
Luaran tak rasa panas pun.
Sejuk adalah.
Harap-harap bertambahlah sihat hendaknya.
Aku ni memang kerap demam.
Tapi tak berlarutan pun.
Setakat sehari dua.
Without ubat, heal sendiri.
Tapi kena rehat betul-betul.
Korang percaya tak, sejak aku beranak, aku tak pernah ada deep sleep.
Itu belum kira time pregnant, dengan perut besar langsung tak selesa nak tidur.
So almost 4 years aku masih berjaga malam.
Kesian tak.
Kalau anak menyusu badan ni, maknya memang berkorban tidurlah.
Walaupun anak aku ni dah besar gedabak more than 3 years umur si Sophia ni.



So now, aku memang tengah cari supplement ni.
To build up my immune system.
Sekarang ni nak cuba Ephyra Drink dulu.
Order kat blogger Julia Johari.
If serasi boleh continue after this.


Aku baru jer sambut besday yang ke 34 pada Selasa lepas (13 Jun).
Alhamdulilah.
Bertambah umur.
I just want to be a better person.
That's my wish.
Doakan aku ya.
Sorrylah entry panjang tanpa gambar.
Takde mood nak blogging sekarang ni.



No comments:

Post a Comment