Monday, March 21, 2016

Minggu busy-part 2

So kesinambungan dari entry sebelumnya.
14 Mac which is isnin yang lepas, aku sampai dalam rumah pengasuh dalam pukul 7 pagi macam tu.
Minggu tu budak cuti sekolah.
So macam biasa borak-borak dengan pengasuh pasal kakak.
Aku nampak anak bongsu dia tengah baring kat ruang tamu tu pakai seluar dalam jer.
Budak tu nama dia Hafizol, umur 7 tahun.
Aku ni mati-matilah ingat si Fizol ni berpakaian begitu disebabkan cuaca panas sekarang ni.
Sekali ibu dia cakap, dia kena chicken pox.
Demam dari jumaat lepas (11 Mac), which is time tu aku tak hantar kakak sebab kakak pun tengah demam since rabu (9 Mac).


Bila dengar chicken pox terus aku rasa tak sedap hati.
Hairan aku kenapa pengasuh tak beritahu awal-awal.
Sebab kalau aku tahu, memang aku tak hantar kakak pagi isnin tu.
Chicken pox tu pun berjangkit dari anak lain yang pengasuh jaga sebelum ni.
So I was like confusing that time.
Macam mana ni kan.
Takkan nak biar kakak duduk situ.
Kang berjangkit pulak.
Kepenatan jaga dia demam  pada minggu sebelumnya tu pun tak hilang lagi (yang ni aku akan cerita dalam entry lain).
Fikir punya fikir, aku beritahu pengasuh untuk mandikan kakak siap- siap, so then aku akan bawa dia pergi office aku.


Mujurlah memang tengah tak ada kerja lagi.
So far, bolehlah dia stay kat office aku dalam minggu tu.
Kita kuarantin dulu dalam masa seminggu ni.
Sambil-sambil tu aku roger gak kawan-kawan aku tanya pasal jangkitan chicken pox ni.
Jangkitan akan berlaku time diaorang demam tu.
Dalam tempoh 48 jam tu kena berjaga-jaga.
Kemudian ruam tu semua akan keluar kat kulit.
Actually should be no problem kalau nak stay jer rumah pengasuh tu.
Tapi aku tak confident lagi.
So tak apalah, bawa jer kakak datang office aku.


Hari-hari kena bertabahlah mandikan dia awal pagi dalam 6.30 pagi gitu.
So by 7 am, gerak pergi office.
Luckily jalan tak jammed sebab cuti sekolah kan.
Tapau breakfast, makan di office dan kemudian bukak "nursery" sendiri.
Mujur bilik officemate aku ada banyak barang mainan.
So boleh lah bagi dia main-main dalam tu.
Kemudian dalam 9 atau 10 pagi, dia akan tidur.
Lepas bangun, tapau lunch pulak, makan and sambung main lagi.
Begitulah ceritanya sampai pukul 5 petang chow balik rumah.


Hari selasa aku ada kerja sikit (meeting), aku minta husband datang kejap bawa dia pergi jalan- jalan kat taman.
Cukup time hantar dia ke office aku semula.
Hahahahaha.
Seronok memang seronok anak ada depan mata.
Tapi letih juga.
Timing tidur pun dah lari.
Itu yang kadang-kadang time petang nak balik tu dia meragam sikit sebab mengantuk.
Genap seminggu dia duk office aku.
Muka memang happy jer dapat ikut mama dia kan.
Seronok berkepit 24 jam.
Huhuhu.




Thanx a lot juga untuk officemate yang tolong tengokkan si kakak.
Jasa korang amat dihargai.
Sayang korang muah muah.


No comments:

Post a Comment