Monday, March 21, 2016

Minggu busy -part 3

Okey sambung lagi cerita pasal dua minggu lepas.
Petang rabu (9 Mac) tu aku ambil kakak dari rumah pengasuh, aku rasa badan dia ada sedikit panas.
Dedar-dedar gitu.
So balik tu, sponging kepala dia, keep menyusu kan dia, pakai kan baju nipis.
Makin teruk pula batuk dia malam tu.
Malam tu sepatutnya husband aku kena kerja sampai esok paginya.
Tapi dia balik rumah kejap dalam 8 malam and gerak pergi kerja pukul 10 malam gitu.
So dapatlah excuse pukul 1 pagi boleh balik rumah.
Malam tu memang kakak tak lena tidur.
Nangis-nangis sebab batuk.
Aku keep on sapu minyak myrrh kat dada, belakang dan tapak kaki.
Adalah dua tiga kali dia muntah.
Keep on sponging juga dengan minyak peppermint.
Demam tak teruk sangat.
Batuk tu jer yang sangat sangat menganggu.


Esoknya khamis (10 Mac), kakak masih belum sihat.
Demam dah tak ada cuma batuk masih teruk.
Memang meragam seharian.
Gilir-gilir tidur dalam buai.
Mood pun ke laut.
Malamnya batuk masih tak okey.
Tidur masih tak lena.
Oh lupa pagi tu dalam pukul 10, aku diserang sakit perut yang melampau sakitnya.
Sakit macam contraction nak beranak.
Datang sekejap-sekejap, tapi time dia datang aduhai, mengerekot aku tahan sakit.
Memang macam sakit contraction.
Whatsapp husband kat office, minta balik cepat sebab aku tak mampu nak tahan sakit sambil jaga anak yang tak sihat.
Dalam masa yang sama, aku kena cirit birit.
4 kali masuk toilet.
So maybe salah makan.
Nyaris nak pergi klinik sebab terlalu sakit.
Tapi aku cuba tahan sebab mengenangkan kakak yang lena tidur.
Kang bawa dia pergi klinik memang meragam la nanti.
Malam tu dah kurang sikit.
Sakit tu masih ada cuma tak kerap macam pagi nya.
Dalam sejam sekali 'contraction' tu datang.
Tak kuat sangat dah.


Esoknya jumaat (11 Mac), demam kakak dah tak ada.
Batuk masih ada lagi.
Mandikan dia pukul 10 pagi, barulah ada mood nak berendam dalam tab mandi dia.
Sebelum ni jirus-jirus saja.
Lepas mandi mood dah okey.
Boleh layan kartun, boleh gelak-gelak, boleh makan, dah mula aktif.
Petang tu pukul 6, ayah dia bawa pergi jalan kat taman permainan.
So far so good.
Malam tu terus gerak balik Ipoh pukul 9 malam.
Tak plan pun nak balik.
Last minute.
So kelam kabut aku packing barang.
Sampai rumah mak aku dalam pukul 12 malam macam tu.


Wow, Ipoh memang panas sangat.
Malam-malam tidur pun rasa bahang sangat.
On dua kipas pun masih rasa panas.
Kejap-kejap lap badan kasi sejuk.
Dua malam tu memang tak lena sangat nak tidur.
Hopefully cepat-cepatlah berakhir el nino ni.
Kasihan kat budak-budak terutamanya.
Kita orang tua ni pun terasa sangat kan.
So aktiviti kat Ipoh selain dari pergi kenduri kahwin jiran (aku tak join), sempatlah jalan-jalan lepak padang polo.
Cepat sangat cuti hujung minggu.
Rasa tak puas spend kat Tambun.
Tunggu cuti raya nanti baru leh cuti panjang-panjang.
Baru puas hati kan.





No comments:

Post a Comment