Thursday, June 9, 2016

Puasa day 5

Salam Jumaat dan Ramadhan ke 5.
Aku first day puasa today sebab dah ABC (Allah bagi cuti) awal.
So minggu pertama puasa ni happy jer sebab boleh balik awal, pukul 4 petang terus punch out.
Jalan pun masih clear sebab cuti sekolah.
Pagi pun takde rushing sangat.
So takde stress setakat ni.


Bab makan, ada yang masak dan ada yang beli.
Bukan beli kat bazar ramadhan tapi kat office aku memang ada orang jual lauk dan kuih bagai.
Beli pun tak banyak.
Lauk ni sikit lauk tu sikit.
Asalkan cukup untuk buka puasa dan bersahur.
Setakat ni husband jer yang bangun sahur.
Dia pun makan tak cerewet.
So senang.
Pagi tadi pun dia yang kejut aku bangun.
Pukul 2 lebih bangun sahur.
So boleh terus sambung tidur and bangun balik by 6am.

Next week maybe sahur lewat sikit dalam pukul 5 am.
So aku boleh gerak awal sikit pergi office.
Budak-budak pun dah start sekolah kan.
Tapi tengok lah macam mana.
Kot rasa nak sahur awal, bangun awal lagi lah kot.
So ada masa sikit nak ganti tidur kan.
Huhuhu...


So aktiviti bulan puasa ni takde apa yang heavy sangat.
Ada satu jer shooting WALLA nak kena on juga.
Tapi takde masak-masak and makan-makan.
Lagipun host kitaorg si Brian tu pun tengah belajar nak berpuasa juga.
Baguskan dia tu.
Hari-hari dia post video bangun sahur.
So kalau nak tau apa-apa tips especially bab makanan, boleh follow ig dia Abang Brian
Dan jangan lupa juga jengah-jengah ig Walla RTM yer.
Hehehehe....


Malam ni nak balik Ipoh.
Yahoooooo...
Tak sabar nak makan air tangan mak kan.
Makanan paling sedap di dunia.
Okeylah, selamat berpuasa semua.

2 comments:

  1. Comel je cara kak onah bercerita...santai dan mudah terhibur...best dapat kenal akak dan team rtm walla...friendly dan tak lokek ilmu...julia dh follow blog akak...nanti update lg ye...best baca

    ReplyDelete
  2. Eh, alamak. blog sendu jer u olls. hahaha

    ReplyDelete