Tuesday, June 7, 2016

Shooting WALLA (part 7) - restoran chili's crab

Tarikh: 27 Mei 2016 (Jumaat)
Lokasi: Restoran Chilli's Crab Seafood, Kota Damansara.
Episod: Ketam
Segmen: 2 (Bersama Blogger)
Blogger: Uzu 
Pemilik: Puan Anisah
Krew RTM: Shahrunnizam, Syukri, Zul Abas & Nurul







Ini antara menu yang disediakan di Chilli's Crab:
1) Ketam Cili :
Ketam akan di goreng atau stim. Kemudian di masak dengan cili kering & rempah ratus. Kemudian ditambahkan telur.
Harga: RM95/kg.

2) Ketam kulit lembut telur masin (Soft Shell Crab).
Ketam di goreng atau stim. Di masak dengan rempah ratus & di tambah dengan kuning telur masin.
Harga: RM 12/pcs.

3) Maggi ketam kari
Maggi ketam berkuah di tambah dengan ketam nipah.
Harga: RM38.80

4) Ketam Kam Heong.
Dimasak dengan campuran udang kering, cili kering dan sos tiram. Ketam akan di goreng atau stim.
Harga: RM 95/kg.

5) Baby ketam di gaul sos.
Dijadikan makanan ringan atau pembuka selera. Baby ketam akan di goreng garing kemudian di gaul dengan sos istimewa.
Harga: RM20 (S), RM25 (M) dan RM30 (L).

6) Sotong telur masin.
Sotong di goreng dan di masak dengan telur kuning masin dan rempah ratus.
Harga: RM20 (S), RM25 (M) dan RM30 (L).

7) Mantau.
Roti mantau yang di makan dengan ketam cili. Roti akan di goreng arau stim terlebih dahulu.
Harga: RM1.80/pcs.




Fuh, semua masakan ketam dia memang wallawei sedap sangat.
Restoran ni memang 100% halal milik orang melayu.
Cara masakan memang ala-ala chinese style.
Makanan lautnya memang segar dari ladang.


Restoran ni dibuka pada setiap hari jam 11 pagi - 11 malam dan hanya ditutup pada setiap hari rabu (minggu pertama & ketiga).
Boleh buka facebook: CHILLI'S CRAB RESTAURANT
Dan ig mereka:Chilliscrabrestoran


For details boleh tengok facebook MENU KITA-WALLA
Atau instagramWalla RTM & abangbrian .
Blog Uzu: Kisahemasputih

2 comments:

  1. Best...nanti akak update la kisah walla di nasi vanggey pula...leh julia viralkan blog akak onah hehe

    ReplyDelete