Tuesday, November 29, 2016

Shooting WALLA (part 9) - Restoran Vanggey


Tarikh: 28 Julai 2016 
Lokasi: Restoran Nasi Vanggey, Taman Permata
Episod: Nasi Bajet
Segmen: 2 (Bersama Blogger)
Blogger: Julia Johari
Krew RTM: Fazreen, Visva, Ijat, Nafis







Nasi ni sebenarnya sangat fofular di Ipoh.
Walaupun dah buka cawangan di KL, mereka masih lagi menggunakan rempah ratus yang dibawakan khas dari Ipoh.
Ini bagi memastikan kualiti rasanya tetap sama.

Ayam goreng Vanggey memang hidangan paling laris dan top di sini.
Dalam set nasi vanggey ada ayam goreng merah, telur rebus, jelatah timun dan kuah kari campur.
Selain tu ada juga lauk pauk lain seperti kambing, ikan, udang, sotong dan daging.
So dalam satu set ni harganya lebih kurang dalam RM8.
Keistimewaan Nasi Vanggey ini adalah pada ayamnya berwarna merah dan sambal karinya yang pekat dan penuh dengan rasa rempah ratus.


'Vanggey' yang bermaksud 'mari' dalam Bahasa Tamil ini sememangnya makanan yang cukup terkenal di kalangan semua bangsa tak kira Melayu, Cina dan India.
Pendek kata, nasi vanggey ni memang kegemaran ramai.
So untuk episod kali ni, kita masukkan Restoran Nasi Vanggey dalam episod 'Nasi Bajet'.


Ini memang suasana biasa sebelum nak start shooting.
Huhuhu...



*Rehearse dulu, ambil mood.


So inilah blogger jemputan kita, Julia Johari
Orangnya memang ceria, happening dan best sangat.
Ini shooting yang paling pantas sepanjang WALLA bermula, dalam 3 jam dah settle.
Hebatkan blogger kita ni.
Hahahaha.

Kitaorg bagi guideline sikit jer, but dia boleh elaborate semua point dengan baik.
Memang natural sangat, tak nampak berlakon pun.
Yang paling penting, serasi dengan Brian.
Ada chemistry gitu.
The best thing is, dia buat homework, research and siap pi makan dulu kat vanggey ni.
Good job.
Really appreciate that.





Memang gandingan yang sangat serasi.
Shooting pun tak stress.
Gelak-gelak jer.




Untuk demo masak, kita highlight pada penyediaan ayam goreng vanggey dan sambal kelapa.
Most of the ingredients adalah rahsia dan special dari Ipoh, so kita shoot bahan atau rempah yang sudah siap di bancuh terlebih dahulu.




Behind the scene.
Gambar ehsan dari Julia.


Restoran ni dibuka pada setiap hari, jam 8 pagi - 2 pagi.


For details boleh tengok facebook:WALLA RTM
Atau instagram Walla RTM & abangbrian.
BloggerJulia Johari
Untuk menonton semula program WALLA terdahulu boleh buka link ini: WALLA RTM (ULANGAN)

Thursday, November 24, 2016

Rancangan WALLA terbitan RTM


Assalamualaikum & hai semua.
Okey maaf, dah 2 bulan tak sempat nak update apa-apa.
Busy macam apa tah.
Muahahaha.

So quick update ni yer.
WALLA secara rasminya sudah pun bersiaran di TV1 pada setiap Ahad jam 12.30 tengahari.
Bermula 30 Oktober lepas, WALLA sudah pun menyiarkan episod lontong, sate, ketam & nasi bajet.
So this coming episode adalah menu PERCIK (Episod 5).
Ahad minggu ni, 27 November yer.
Bersama blogger jemputan Ahmad Fauzi Aryaan.

So nanti as usual I will update all my shooting punya story, part by part yer.
Laptop baru pas service.
Barulah rasa laju sikit nak buat kerja kan.

Okey nanti sambung lagi.
Bye-bye.


Wednesday, November 23, 2016

Shooting WALLA (part 8)- Restoran Arang Ikan Bakar



Tarikh: 26 Julai 2016 
Lokasi: Restoran Arang Ikan Bakar, Shah Alam
Episod: Ikan Bakar
Segmen: 2 (Bersama Blogger)
Blogger: Faizal Fredley
Krew RTM: Kushairi, sudit, sandivf, ijat, Nafis & Syarul.




Jeng jeng jeng, episod yang ditunggu-tunggu.
I lovessss ikan bakar so much.
Especially talapia bakar.
Adoi, sedapnya.
Apa yg istimewa di sini, cara membakar ikan tu adalah meggunakan arang.
Sebab tu namanya Arang Ikan Bakar.
Fuh, terbayang-bayang keenakkan ikan bakar dan sotongnya.
Air asam ada 7 jenis pulak tu!
Walawei.
Pilih jangan tak pilih.




















 is












The best thing about this place, dia ada sediakan nasi tambah & air sirap for free.
Alhamdulilah, pemurah sungguh pemilik restoran ini.
Lauk yang superb sedap, air asam yang pelbagai dan ada minuman yg bersaiz besar.



Restoran ni dibuka pada setiap hari Selasa-Khamis,  jam 9 pagi - 7 malam & jumaat-ahad, jam 9 pagi hingga 11 malam.
Isnin tutup kedai.
Boleh buka facebook: Arang Ikan Bakar
Dan ig mereka: arang ikan bakar


For details boleh tengok facebook:WALLA RTM
Atau instagram Walla RTM & abangbrian .
Blog Faizal: Faizal Fredley



Wednesday, September 21, 2016

Kebangkitan


Wah, last entry aku update pasal raya puasa.
Dan Raya haji baru jer berlalu last week.
Nampak tak?
Nampak tak kemalasan aku di situ.
Hahahahaha.


Takper, slowly aku akan kejar moment yang telah berlalu selama 2 bulan ni.
Ada 10 hari yang shooting WALLA tu pun, aku kena update dengan kadar segera.


Oh gambar mana gambar.
*juling mata scroll telefon*
Okey aku carik gambar dulu, nanti aku terus up 10 entry satu hari yer.
*pitam*
I'll be back.
*sahut cabaran*

Okey bye!

Thursday, June 9, 2016

Puasa day 5

Salam Jumaat dan Ramadhan ke 5.
Aku first day puasa today sebab dah ABC (Allah bagi cuti) awal.
So minggu pertama puasa ni happy jer sebab boleh balik awal, pukul 4 petang terus punch out.
Jalan pun masih clear sebab cuti sekolah.
Pagi pun takde rushing sangat.
So takde stress setakat ni.


Bab makan, ada yang masak dan ada yang beli.
Bukan beli kat bazar ramadhan tapi kat office aku memang ada orang jual lauk dan kuih bagai.
Beli pun tak banyak.
Lauk ni sikit lauk tu sikit.
Asalkan cukup untuk buka puasa dan bersahur.
Setakat ni husband jer yang bangun sahur.
Dia pun makan tak cerewet.
So senang.
Pagi tadi pun dia yang kejut aku bangun.
Pukul 2 lebih bangun sahur.
So boleh terus sambung tidur and bangun balik by 6am.

Next week maybe sahur lewat sikit dalam pukul 5 am.
So aku boleh gerak awal sikit pergi office.
Budak-budak pun dah start sekolah kan.
Tapi tengok lah macam mana.
Kot rasa nak sahur awal, bangun awal lagi lah kot.
So ada masa sikit nak ganti tidur kan.
Huhuhu...


So aktiviti bulan puasa ni takde apa yang heavy sangat.
Ada satu jer shooting WALLA nak kena on juga.
Tapi takde masak-masak and makan-makan.
Lagipun host kitaorg si Brian tu pun tengah belajar nak berpuasa juga.
Baguskan dia tu.
Hari-hari dia post video bangun sahur.
So kalau nak tau apa-apa tips especially bab makanan, boleh follow ig dia Abang Brian
Dan jangan lupa juga jengah-jengah ig Walla RTM yer.
Hehehehe....


Malam ni nak balik Ipoh.
Yahoooooo...
Tak sabar nak makan air tangan mak kan.
Makanan paling sedap di dunia.
Okeylah, selamat berpuasa semua.

Tuesday, June 7, 2016

Shooting WALLA (part 7) - restoran chili's crab

Tarikh: 27 Mei 2016 (Jumaat)
Lokasi: Restoran Chilli's Crab Seafood, Kota Damansara.
Episod: Ketam
Segmen: 2 (Bersama Blogger)
Blogger: Uzu 
Pemilik: Puan Anisah
Krew RTM: Shahrunnizam, Syukri, Zul Abas & Nurul







Ini antara menu yang disediakan di Chilli's Crab:
1) Ketam Cili :
Ketam akan di goreng atau stim. Kemudian di masak dengan cili kering & rempah ratus. Kemudian ditambahkan telur.
Harga: RM95/kg.

2) Ketam kulit lembut telur masin (Soft Shell Crab).
Ketam di goreng atau stim. Di masak dengan rempah ratus & di tambah dengan kuning telur masin.
Harga: RM 12/pcs.

3) Maggi ketam kari
Maggi ketam berkuah di tambah dengan ketam nipah.
Harga: RM38.80

4) Ketam Kam Heong.
Dimasak dengan campuran udang kering, cili kering dan sos tiram. Ketam akan di goreng atau stim.
Harga: RM 95/kg.

5) Baby ketam di gaul sos.
Dijadikan makanan ringan atau pembuka selera. Baby ketam akan di goreng garing kemudian di gaul dengan sos istimewa.
Harga: RM20 (S), RM25 (M) dan RM30 (L).

6) Sotong telur masin.
Sotong di goreng dan di masak dengan telur kuning masin dan rempah ratus.
Harga: RM20 (S), RM25 (M) dan RM30 (L).

7) Mantau.
Roti mantau yang di makan dengan ketam cili. Roti akan di goreng arau stim terlebih dahulu.
Harga: RM1.80/pcs.




Fuh, semua masakan ketam dia memang wallawei sedap sangat.
Restoran ni memang 100% halal milik orang melayu.
Cara masakan memang ala-ala chinese style.
Makanan lautnya memang segar dari ladang.


Restoran ni dibuka pada setiap hari jam 11 pagi - 11 malam dan hanya ditutup pada setiap hari rabu (minggu pertama & ketiga).
Boleh buka facebook: CHILLI'S CRAB RESTAURANT
Dan ig mereka:Chilliscrabrestoran


For details boleh tengok facebook MENU KITA-WALLA
Atau instagramWalla RTM & abangbrian .
Blog Uzu: Kisahemasputih