Monday, March 28, 2016

Buat pasport

Aku dan suami ada buat plan untuk pergi bercuti bulan April nanti.
Kebetulan mak aku pun bercuti panjang balik kampungnya di Serian Sarawak pada 9 April-17 April 2016.
So panjanglah juga langkah kami ni kan.
Nak pergi mana? 
Later i share.
Sekarang ni tengah buat preparation.
Contohnya buat pasport.
Okey, pergi dekat-dekat jer ni. Hahahaha...
Disebabkan weekdays, husband aku tak free, so moh ler kita buat pasport hari ahad.
Buat pasport baru untuk kakak.
Kitaorang pula just renew.
Kosnya rm200 untuk orang dewasa dan rm100 untuk kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah.
Untuk info yang lebih details, boleh refer blog ni.


Tips no 1 tu kami dah gagal.
Bangun pukul 10.30 pagi, siap-siap semua, sampai kat UTC Sentul ambil nombor pukul 11.30 pagi.
Bersiap sedia lah menunggu turn 100 orang plus plus atas kau. *nanges*
Well, pagi tu memang tengah sakit kepala.
So sambung tidur, sedar-sedar jer dah pukul 10.30 pagi.
Kelam kelibut lah aku.
Semua orang dah siap kecuali aku.
My bad.
Pukul 5 petang barulah nama di panggil.
Berkumpul lah 3 beranak kat kaunter 7 tu.
But sorry to say, the officer yang handle kami tu sedikit selow melow.
Aku pun tak tahu apa yang susah sangat.
Ada jer benda silap.
Dah setel kat kaunter bagai, ting pukul 5.30 petang, number giliran kami naik lagi.
In between, aku sempat susukan kakak.
Elok jer keluar dari bilik menyusu, naik number kami di kaunter yang sama.
Kena reshoot balik.
Aku dan kakak.
I was like "what the heck man".
Mood kakak memang dah ke laut.
Duduk lama-lama kat kerusi tu memang mengamuk la dia.
So setel jer reshoot kakak, sign balik borang dia, turn aku pulak reshoot lagi.
Kata officer yang lain (indian girl), kening aku tak nampak penuh.
Lerrrrrrr, awat tak habaq awal-awal.
Salah aku ker tu.
So aku tarik sikit tudung ke belakang bagi nampak jelas kening aku tu.
Huh! What a waste.
Nak detect cop jari aku pun punya lama.
10 kali dia suruh aku ulang benda tu.
Haaa maghah ni maghah.


Setel jer part reshoot tu, aku bawa kakak lepak kat luar.
Duduk kat kerusi massage layan kartun kat youtube.
Penat, lenguh, ngantuk semua ada.
5.45 petang, nombor naik untuk proses pembayaran.
By 6.15 petang, siap dah 3 pasport kami.
Kalau nak diikutkan, satu jam lebih jer boleh settle.
Yang buat menunggu lama tu sebab ramai sangat orang.


Mujur ada food court so tak pening bab makan minum.
Mujur jugak ada mini library untuk budak-budak.
Selesa sangat boleh baring sambil layan kartun kat TV.
Itupun masuk dalam 12.45 tengahari (sebenarnya nak cari surau sebab nak tidurkan kakak), ternampak library ni.
Pukul 1 petang tutup kejap dalam sejam.
So keluar balik cari surau.
Terus lepak dalam surau, dalam 1.45 petang kakak pun tidur.
Aku kena pangku sebab dia memang tidur sambil menyusu.
Dalam 2.30 petang dia terjaga, sebab aku alih letak kat atas sejadah.
Kaki kebas wei.
So bangun saja lah kakak oi.
Jom lepak library tengok kartun.
Lepak lagi dalam tu lepas tu turun lunch kat food court dalam pukul 3 petang.
Dah settle makan, duduk dalam office tunggu nombor giliran.
Aku buka kan youtube untuk kakak layan kartun.
Kang bosan mengamuk pulak dia.
Pukul 5 petang barulah turn kami.
Settle semua dalam 6.30 petang terus balik rumah.
Masak nasi, panaskan lauk semalam, terus makan.
Letih sangat rasanya.
7 jam duduk dalam UTC Sentul tu.
Aku baru tahu office tu buka sampai pukul 10 malam.
Mula-mula risau juga takut tak sempat nak siap.
Alhamdulilah settle satu part.
So aku belanjer satu gambar pasport baru kakak.
Hahahahah...
Muka marah tu.




Monday, March 21, 2016

Minggu busy -part 3

Okey sambung lagi cerita pasal dua minggu lepas.
Petang rabu (9 Mac) tu aku ambil kakak dari rumah pengasuh, aku rasa badan dia ada sedikit panas.
Dedar-dedar gitu.
So balik tu, sponging kepala dia, keep menyusu kan dia, pakai kan baju nipis.
Makin teruk pula batuk dia malam tu.
Malam tu sepatutnya husband aku kena kerja sampai esok paginya.
Tapi dia balik rumah kejap dalam 8 malam and gerak pergi kerja pukul 10 malam gitu.
So dapatlah excuse pukul 1 pagi boleh balik rumah.
Malam tu memang kakak tak lena tidur.
Nangis-nangis sebab batuk.
Aku keep on sapu minyak myrrh kat dada, belakang dan tapak kaki.
Adalah dua tiga kali dia muntah.
Keep on sponging juga dengan minyak peppermint.
Demam tak teruk sangat.
Batuk tu jer yang sangat sangat menganggu.


Esoknya khamis (10 Mac), kakak masih belum sihat.
Demam dah tak ada cuma batuk masih teruk.
Memang meragam seharian.
Gilir-gilir tidur dalam buai.
Mood pun ke laut.
Malamnya batuk masih tak okey.
Tidur masih tak lena.
Oh lupa pagi tu dalam pukul 10, aku diserang sakit perut yang melampau sakitnya.
Sakit macam contraction nak beranak.
Datang sekejap-sekejap, tapi time dia datang aduhai, mengerekot aku tahan sakit.
Memang macam sakit contraction.
Whatsapp husband kat office, minta balik cepat sebab aku tak mampu nak tahan sakit sambil jaga anak yang tak sihat.
Dalam masa yang sama, aku kena cirit birit.
4 kali masuk toilet.
So maybe salah makan.
Nyaris nak pergi klinik sebab terlalu sakit.
Tapi aku cuba tahan sebab mengenangkan kakak yang lena tidur.
Kang bawa dia pergi klinik memang meragam la nanti.
Malam tu dah kurang sikit.
Sakit tu masih ada cuma tak kerap macam pagi nya.
Dalam sejam sekali 'contraction' tu datang.
Tak kuat sangat dah.


Esoknya jumaat (11 Mac), demam kakak dah tak ada.
Batuk masih ada lagi.
Mandikan dia pukul 10 pagi, barulah ada mood nak berendam dalam tab mandi dia.
Sebelum ni jirus-jirus saja.
Lepas mandi mood dah okey.
Boleh layan kartun, boleh gelak-gelak, boleh makan, dah mula aktif.
Petang tu pukul 6, ayah dia bawa pergi jalan kat taman permainan.
So far so good.
Malam tu terus gerak balik Ipoh pukul 9 malam.
Tak plan pun nak balik.
Last minute.
So kelam kabut aku packing barang.
Sampai rumah mak aku dalam pukul 12 malam macam tu.


Wow, Ipoh memang panas sangat.
Malam-malam tidur pun rasa bahang sangat.
On dua kipas pun masih rasa panas.
Kejap-kejap lap badan kasi sejuk.
Dua malam tu memang tak lena sangat nak tidur.
Hopefully cepat-cepatlah berakhir el nino ni.
Kasihan kat budak-budak terutamanya.
Kita orang tua ni pun terasa sangat kan.
So aktiviti kat Ipoh selain dari pergi kenduri kahwin jiran (aku tak join), sempatlah jalan-jalan lepak padang polo.
Cepat sangat cuti hujung minggu.
Rasa tak puas spend kat Tambun.
Tunggu cuti raya nanti baru leh cuti panjang-panjang.
Baru puas hati kan.





Minggu busy-part 2

So kesinambungan dari entry sebelumnya.
14 Mac which is isnin yang lepas, aku sampai dalam rumah pengasuh dalam pukul 7 pagi macam tu.
Minggu tu budak cuti sekolah.
So macam biasa borak-borak dengan pengasuh pasal kakak.
Aku nampak anak bongsu dia tengah baring kat ruang tamu tu pakai seluar dalam jer.
Budak tu nama dia Hafizol, umur 7 tahun.
Aku ni mati-matilah ingat si Fizol ni berpakaian begitu disebabkan cuaca panas sekarang ni.
Sekali ibu dia cakap, dia kena chicken pox.
Demam dari jumaat lepas (11 Mac), which is time tu aku tak hantar kakak sebab kakak pun tengah demam since rabu (9 Mac).


Bila dengar chicken pox terus aku rasa tak sedap hati.
Hairan aku kenapa pengasuh tak beritahu awal-awal.
Sebab kalau aku tahu, memang aku tak hantar kakak pagi isnin tu.
Chicken pox tu pun berjangkit dari anak lain yang pengasuh jaga sebelum ni.
So I was like confusing that time.
Macam mana ni kan.
Takkan nak biar kakak duduk situ.
Kang berjangkit pulak.
Kepenatan jaga dia demam  pada minggu sebelumnya tu pun tak hilang lagi (yang ni aku akan cerita dalam entry lain).
Fikir punya fikir, aku beritahu pengasuh untuk mandikan kakak siap- siap, so then aku akan bawa dia pergi office aku.


Mujurlah memang tengah tak ada kerja lagi.
So far, bolehlah dia stay kat office aku dalam minggu tu.
Kita kuarantin dulu dalam masa seminggu ni.
Sambil-sambil tu aku roger gak kawan-kawan aku tanya pasal jangkitan chicken pox ni.
Jangkitan akan berlaku time diaorang demam tu.
Dalam tempoh 48 jam tu kena berjaga-jaga.
Kemudian ruam tu semua akan keluar kat kulit.
Actually should be no problem kalau nak stay jer rumah pengasuh tu.
Tapi aku tak confident lagi.
So tak apalah, bawa jer kakak datang office aku.


Hari-hari kena bertabahlah mandikan dia awal pagi dalam 6.30 pagi gitu.
So by 7 am, gerak pergi office.
Luckily jalan tak jammed sebab cuti sekolah kan.
Tapau breakfast, makan di office dan kemudian bukak "nursery" sendiri.
Mujur bilik officemate aku ada banyak barang mainan.
So boleh lah bagi dia main-main dalam tu.
Kemudian dalam 9 atau 10 pagi, dia akan tidur.
Lepas bangun, tapau lunch pulak, makan and sambung main lagi.
Begitulah ceritanya sampai pukul 5 petang chow balik rumah.


Hari selasa aku ada kerja sikit (meeting), aku minta husband datang kejap bawa dia pergi jalan- jalan kat taman.
Cukup time hantar dia ke office aku semula.
Hahahahaha.
Seronok memang seronok anak ada depan mata.
Tapi letih juga.
Timing tidur pun dah lari.
Itu yang kadang-kadang time petang nak balik tu dia meragam sikit sebab mengantuk.
Genap seminggu dia duk office aku.
Muka memang happy jer dapat ikut mama dia kan.
Seronok berkepit 24 jam.
Huhuhu.




Thanx a lot juga untuk officemate yang tolong tengokkan si kakak.
Jasa korang amat dihargai.
Sayang korang muah muah.


Sunday, March 20, 2016

Minggu busy - part 1

Dua minggu yang super sibuk.
Nak update pun tak de masa.
Serious macam-macam hal datang berturut-turut.
Hahaha...
Apa-apa kena update dalam blog sebab senang aku nak refer di kemudian hari.
So aku akan mulakan dengan kisah yang terkini dan kemudian bawa ke belakang.
So weekend baru ni, hari sabtu (19 Mac) aku demam.
Berjangkit dengan husband aku.
Dia start demam khamis lepas (17 Mac), balik kerja petang tu tak sedap badan katanya. 
Lepas makan malam dan terus tidur.
Jumaat pun begitu juga.
Malam memang tidur awal.
Kesian kakanda ku sekali sekala bila sakit, memang pancit lah.


Berbalik pada cerita aku, sabtunya aku pulak yang terkena jangkitan virus sakit.
Seharian tu memang tidur jer.
Husband aku dah baik demam, so dia banyak uruskan anak and makan minum kami hari tu.
Aku bab demam boleh tahan lagi.
Tapi masuk jer bab selsema, aih memang tak tahan sangat bab bersin non stop.
Kena standby towel kecik untuk lap hingus.
Dah macam air paip mengalirnya.
Bab tu aku surrender.
So berlumur lah dengan minyak essential sepanjang hari.
Kepala ting tong jer.
Berlawan-lawan bersin dengan suami aku.
Hahahahaha.


Malam tu gigih tengok channel 308 (untuk pengguna unifi).
Sebab aku nak sangat sangat tengok cerita PK lakonan Amir Khan.
Cerita ni keluar hujung tahun 2014.
Ada kontroversi sikitlah pasal cerita ni, berkaitan agama.
Itu yang aku rasa nak tengok sangat tu.
Siap paksa husband aku bentang tilam depan TV.
Sebab kang senang kakak nak tidur.
Senang juga aku nak tengok TV.
Maklum ler anak nak tidur memang berkepit ngan aku jer.
Belum pandai lagi tidur sendiri.
Hahahaha.


Lagipun bukan selalu aku ada masa nak tengok TV kan.
Selalunya pukul 8.30 malam dah pengsan.
PK punya pasal aku tahan mata sampai pukul 12 malam.
Okeylah, not bad lah kisahnya.
Kontroversi pun sebab dia persoalkan where is God.
Mana Tuhan? kenapa tak dengar permintaan dia.
So sepanjang cerita ni memang dia banyak bertanya.
Kenapa Tuhan macam ni, kenapa kena buat itu ini.
Aku rasa kena berfikir sikit sebab takut ada part yang susah nak faham.
Tapi ending dia bestlah.




Mujurlah esoknya ahad aku sihat walafiat.
No more bersin.
Clear terus.
So memang lepak kat rumah jer lah weekend semalam.
Ni kerja dua beranak semalam.




So next entry aku sambung cerita pasal weekdays nya pulak.
Ada juga kisahnya.
Dua minggu punya cerita aku update satu-satu yer.

Sunday, March 6, 2016

Tengok wayang.

Rasa macam dah lama tak tengok wayang cerita kartun, ni dah keluar cerita best-best bulan ni.
Dua minggu berturut-turut layan movie.
Last Februari tengok Zootopia , hari ahad.
Next sabtunya first Mac, kita layan Kungfu Panda 3 pulak.
Oh my!
Dua-dua movie ni best la.
Aku lak tengok lelebih.
Anak dah tak fokus.
Ajak turun naik tangga pulak.
Kami pilih seat paling belakanggggg.
Maybe dia tak nampak skrin kot, maybe dah bosan duk setempat kot, maybe rasa tak feel tengok movie sambil duduk kot.
Eh, macam-macam la.
Dulu-dulu upah susu, senyap jer.
Takde nak berjalan-jalan dalam tu.
Now terpaksalah aku melayan dia duduk kat tangga laluan orang jalan tu.
Sophia oh Sophia.
Macam aku lak yang lebih excited tengok movie dari si kecik tu.
Huhuhu.
Ramai bagi review boboiboi pun best.
Aku jer yang tak berkenan tengok cerita tu.
Kartun dia kat TV pun aku tak layan.


Zootopia ni pasal modern civilised animal.
Kiranya semua haiwan tak kira pemangsa dan mangsa boleh hidup harmoni di bawah satu bumbung yang sama.
Eh best cerita ni.
Comel jer watak-watak dia.



Kung fu panda ni memang terbaik.
Ada perkampungan panda lagi.
Oh cute nya mereka.

So what's next?

Tuesday, March 1, 2016

No gadget policy

Sekarang ni aku sedaya upaya cuba untuk aplikasi kan 'no gadget policy' di rumah.
Puncanya si kakak lah, asyik nak suruh aku buka tab jer.
Dia nak tengok kartun kat youtube.
Risau sebenarnya takut dia ketagih.
Leka sangat nampak.
Well memang salah kami.
Nak bagi dia duk diam, kami duk hulur tab.
Mak ayah pun seronoklah tak ada orang nak kacau.
Sibuk dengan telefon masing-masing.
Akhirnya anak dah pandai minta nak tab nak tab.
Tak bagi menangis.


Actually kita sebagai parents yang kena control.
Mereka jadi gitu pun sebab kurangnya perhatian.
Dah la seharian tak jumpa mak ayah kan.
Bila dah sampai rumah, masing-masing buat hal sendiri pulak tu.
Kasihan juga kat dia.
Selalunya kalau sampai rumah around 6 petang, memang aku akan hadap dia dulu.
Menyusu ker, minum petang ker, main-main dulu ker.
Tunggu sampai ayah dia balik untuk jaga dia pula.
Selepas itu, baru aku akan buat kerja-kerja lain.


Malam- malam memang aku try tak pegang telefon (kecuali hal kerja yang penting), sebab kesian tengok dia nak manja-manja.
Tapi itulah kalau terlalu penat, memang seawal 8 malam aku masuk bilik nak tidur.
Kadang-kadang dia ikut sekali tidur.
Kadang-kadang dia tak nak tidur lagi.
Time-time begitu memang dia main-main dengan ayah dia pulak.
Tapi kalau ayah dia pun sibuk dengan benda lain, tab jugak lah penyelesai masalah.
Dah la masa yang ada hanya 3 jam sehari untuk spend time dengan anak (6pm-9pm).
Itupun tak digunakan dengan sebaiknya.
*Insaf*


Bukannya sampai tak boleh buka tab langsung.
Tapi mak ayah kenalah duduk sama-sama layan dia tengok kartun.
Bukannya biar dia tekan tu tekan ni.
Biar sensorang.
Tak pantau tak kawal.
Penggunaan tab tu sebenarnya untuk entertainment dalam kereta jer.
Sebab hari-hari aku travel dengan dia dari rumah ke tempat kerja.
Jadi untuk memudahkan pemanduan, aku akan pasang tab dalam kereta.
Tapi lama-lama, aku rasa tab ni dah digunakan secara berlebihan pada anak.


Aku pun akan cuba avoid guna telefon depan anak.
Kalau nak guna pun, selepas dia tidur.
Aku tak nak jadi leka sangat dengan telefon, sampai orang sekeliling kita rasa terabai.
Sebab aku pun tak suka tengok orang buat macam tu dengan aku.


Sepatutnya kena mula dari awal lagi.
But it's better late than never, right.
Semoga cadangan ini mendapat support sepenuhnya dari suami aku.
Sebab anak perlukan kedua ibu bapanya, susahlah kalau salah seorang jer yang buat.
Betul tak.


Aku tengah dok perati apa interest kakak now.
Dia macam suka main masak-masak.
So aku belikan dia mainan yang sebegitu untuk dia lupakan tab.
But make sure, kena lah main sama-sama.
Bukan beli mainan tu and biar juga dia main sorang-sorang.
Sama jer la ceritanya.
So tiap-tiap hari kena perhati apa kesukaan dia.
Budak-budak kan cepat bosan.
So kena pelbagaikan aktiviti tu.


Bukanlah nak hapuskan terus penggunaan gajet ni tapi biarlah berpada-pada.
Dekat rumah pengasuh, aku tak boleh nak control.
Tapi aku tau dia juga menghadap tab tu dengan budak-budak lain.


Hopefully dengan polisi ini, family bonding tu akan jadi lebih baik.
Fokus pada anak, bukan pada telefon.
Anak pun akan sentiasa ingat dan sayang kita.
Insyaallah.
Janganlah kita menidakkan hak kanak-kanak untuk bermain yer.
Lagi banyak bermain kan lagi bijak nanti.
Tak gitu.
Sambil bermain, sambil belajar.
Bila anak happy, IQ akan datang automatically.
Tak perlu disuruh-suruh pun nanti. 
grin emoticon:-P






Ada sesiapa macam ni.
Meh high 5 sikit.