Sunday, March 20, 2016

Minggu busy - part 1

Dua minggu yang super sibuk.
Nak update pun tak de masa.
Serious macam-macam hal datang berturut-turut.
Hahaha...
Apa-apa kena update dalam blog sebab senang aku nak refer di kemudian hari.
So aku akan mulakan dengan kisah yang terkini dan kemudian bawa ke belakang.
So weekend baru ni, hari sabtu (19 Mac) aku demam.
Berjangkit dengan husband aku.
Dia start demam khamis lepas (17 Mac), balik kerja petang tu tak sedap badan katanya. 
Lepas makan malam dan terus tidur.
Jumaat pun begitu juga.
Malam memang tidur awal.
Kesian kakanda ku sekali sekala bila sakit, memang pancit lah.


Berbalik pada cerita aku, sabtunya aku pulak yang terkena jangkitan virus sakit.
Seharian tu memang tidur jer.
Husband aku dah baik demam, so dia banyak uruskan anak and makan minum kami hari tu.
Aku bab demam boleh tahan lagi.
Tapi masuk jer bab selsema, aih memang tak tahan sangat bab bersin non stop.
Kena standby towel kecik untuk lap hingus.
Dah macam air paip mengalirnya.
Bab tu aku surrender.
So berlumur lah dengan minyak essential sepanjang hari.
Kepala ting tong jer.
Berlawan-lawan bersin dengan suami aku.
Hahahahaha.


Malam tu gigih tengok channel 308 (untuk pengguna unifi).
Sebab aku nak sangat sangat tengok cerita PK lakonan Amir Khan.
Cerita ni keluar hujung tahun 2014.
Ada kontroversi sikitlah pasal cerita ni, berkaitan agama.
Itu yang aku rasa nak tengok sangat tu.
Siap paksa husband aku bentang tilam depan TV.
Sebab kang senang kakak nak tidur.
Senang juga aku nak tengok TV.
Maklum ler anak nak tidur memang berkepit ngan aku jer.
Belum pandai lagi tidur sendiri.
Hahahaha.


Lagipun bukan selalu aku ada masa nak tengok TV kan.
Selalunya pukul 8.30 malam dah pengsan.
PK punya pasal aku tahan mata sampai pukul 12 malam.
Okeylah, not bad lah kisahnya.
Kontroversi pun sebab dia persoalkan where is God.
Mana Tuhan? kenapa tak dengar permintaan dia.
So sepanjang cerita ni memang dia banyak bertanya.
Kenapa Tuhan macam ni, kenapa kena buat itu ini.
Aku rasa kena berfikir sikit sebab takut ada part yang susah nak faham.
Tapi ending dia bestlah.




Mujurlah esoknya ahad aku sihat walafiat.
No more bersin.
Clear terus.
So memang lepak kat rumah jer lah weekend semalam.
Ni kerja dua beranak semalam.




So next entry aku sambung cerita pasal weekdays nya pulak.
Ada juga kisahnya.
Dua minggu punya cerita aku update satu-satu yer.

No comments:

Post a Comment