Wednesday, May 10, 2017

Berpeluh pergi DECATHLON.


Aku mungkin tertinggal keretapi sebab baru jer nak berkenalan dengan kedai alat sukan Decathlon Malaysia kat Sri Damansara ni.
Ohoi tak tahu pun.
Dia baru bukak last year khabarnya.


Al kisahnya semalam menemani husband nak beli kasut.
By the time sampai kat situ, I was like... kita kat mana ni?
Dia adalah sebuah bangunan besar yang menjual barang-barang sukan dan outdoor sahaja.
Dan harga dia... Ya Allah... murahnyaaaaaa...
  

Apa lagi, mak ngan anak pun memborong jugak la walaupun target awalnya adalah kasut si ayah.
Kawasannya memang luas & besar.
Semua peralatan sukan darat, udara & air semua complete.
So firstly kitaorang carik swimming suit untuk Sophia dulu.
Wow, cantik-cantik pattern dia.
Harga pun belas-belas jer.
Murah yang amat.
Terkesima aku melihat harga kat situ.
Kalau beli kat tempat lain, confirm RM50 & above kan.


So settle baju Sophia, aku pun nak carik gak track suit aku sehelai.
I agak cerewet sikit la bab-bab material kain ni.
Track suit tu pun dah merata aku carik, tapi jenis kain yang aku suka tu takde.
So far dapat juga rembat sehelai.
Harga RM39 jer.


Pastu konon nak carik baju inner.
Berkenan pulak dengan warmer shirt warna hitam ni.
Harga RM19.
Kain dia best, sedap pakai.







Seterusnya, Sophia ngendeng-ngendeng ayah dia nak beli pelampung pulak.
Mula-mula dia pilih yang paling besar macam ni.
Pelampung yang takde lubang untuk kaki tu, yang kita baring jer atas dia.
Ala-ala ginilah style dia, tapi bukan bentuk swan macam ni.
Of course lah kitaorang reject.
Kahkah.
Pengakhirannya pelampung yang bentuk ikan ini adalah pilihan beliao.
Hahahaha.




Kesimpulannya, tak boleh stay lama-lama.
Kang semua benda dia nak.
Itupun aku dah siap jegil-jegil mata.
Enough... I said.
Kahkah.
Rambang mata betul la.
Banyak benda best dengan harga yang okey sangat-sangat.


Next time boleh carik barang kat sini jer.
Banyak pilihan.
Tak payah nak carik kat shopping mall.
Mahal wei.
Setakat nak cuci mata pun boleh.
Tapi mesti akan 'terbeli' punyalah.
Sophia dah usha baju & kasut ballet.
Dah request nak masuk kelas menari nanti.
:-)


Kalau nak pergi Decathlon ni, lokasinya adalah betul-betul sebelah Courts Mammoth di Jalan Sg Buluh - Damansara.
Memang recommended.
Confirm puas hati.


No comments:

Post a Comment