Monday, May 15, 2017

Cerita pasar tani


Aku memang dah lama sangat tak pergi ke pasar tani Setiawangsa ni (sebelah Jusco AU2).
Selalunya bahan basah kitaorang beli kat AEON BIG Wangsa Maju jer.
Tapi aritu pergi AEON BIG dah malam, so tak dapat nak grab bahan mentah macam ayam, ikan sayur bagai.
Banyak dah habis plus dah tak fresh.
So berminggu-minggu jugak lah tak masak kat rumah asyik tapau luar jer.
Sampai bosan asyik makan benda sama.


Tapi Sabtu lepas (13 Mei) memang aku gagahkan diri juga untuk bangun pagi.
Kihkih.
Sabtu kot. 
Moto hidup aku: Hari cuti adalah hari untuk bangun lewat.


Ate idok ler seawal 7 pagi aku dah terpacak kat pasar tani tu.
Bangun pun dah pukul 8 pagi, terus pi mandi, lepas tu settle kan Sophia breakfast dulu.
Dalam pukul 9 pagi baru kitaorang gerak.
Tak jauh pun, 10 minit jer dah sampai.


Sophia dan ayahnya tunggu dalam kereta.
Boleh jer kalau aku pergi sorang-sorang.
Tapi aku tak larat nak angkat barang naik ke rumah udah ler tinggi tiga tingkat.
Semput wei.
Kang balik dari pasar, macam-macam benda lagi nak kena sambung buat.
Nak kena basuh ayam, siang ikan, bersihkan udang dan sotong semua.
Sayur berdaun aku potong siap-siap pastu asingkan dalam bekas.
Takpun aku balut jer ngan tisu gulung supaya serap air.
Takdelah dia cepat layu & kuning.
Tips ni semua aku dapat dari Brian Masterchef.


Happy jer tengok peti ais penuh dengan barang.
Aku bukan spesies yang penuhkan peti ais dengan junk food macam coklat ker, aiskrim ker, nugget ker, fries ker apa ker.
No No No.
Kadang-kadang beli juga tapi that kind of foods memang lambatttttttttt nak habis.
Sampai tahap kena check satu-satu punya expiry date.
Tak berapa nak laku kat rumah.
So I prefer real foods hokey.
Dah siap-siap settlekan bahan mentah semua, ada jer benda yang aku lupa nak beli iaitu cili merah.
Grrrrrrrr...
Arghhhh abaikan.
Nanti beli kat Giant jer.


Aku ni jarang nak mengira kos barang yang aku beli kat pasar tani.
Tapi dalam RM100 lebih jugak lah terbang ke sana.
So jom tengok barang apa yang aku dah beli.


Sarap laki bini: Nasi lemak ayam + telur mata & nasi lemak kerang= RM 12.
Popcorn caramel 2 bungkus = RM 4
Bawang merah besar 7 biji + santan sekotak= RM 6
Ikan bilis siap kopek 300gram= RM 27
Daging lembu ( 2 keping) = RM 19
Ikan kembung 4 ekor + Udang 10 ekor (saiz besar) + Sotong 2 ekor (saiz besar) = RM 26
Buah naga 2 biji = RM 14
Buah mangga muda 3 biji = RM 3
Sayur kangkung seikat+ kailan seikat+ Sawi Pak Choy 2 ikat + halia + kunyit + mee kuning sebungkus + tomato 2 biji= RM 22
Total semua= RM 133.
Okey jer kan harga pasar tani macam ni.
Barang-barang segar semuanya.


Next trip tak tau bila lagi.
Bulan puasa nanti memang nak masak.
Lauk simple jer.
Kami memang tak suka lauk bazar.
Tak kena tekak aku.
Kuih pun beli sejenis dua.
So tengok nanti macam mana.
Kalau rajin aku upload gambar lauk berbuka setiap hari.
Kahkah.
Tapi jangan kecam tengok lauk yang sama jer.
Husband aku tak makan lauk gulai-gulai ni.
So aku memang takkan masak lauk kari, asam pedas, lemak kuning ker kat rumah ni.
Memang tak laku.


Kita masak lauk kering jer.
Macam daging kicap ker, ayam goreng ker, ikan bilis cili api ker, telur kicap ker, lauk-lauk macam tu yang dia suka.
Aku okey jer.
Jimat masa tak de nak habiskan banyak masa kat dapur.
Balik kerja dah penat, kenalah masak laju-laju pastu layan anak pulak.
Sophiakan magnet aku.
Kerjanya nak melekat jer.


So tak payah pening-pening kepala.
Life is short so make it sweet.
The end.

No comments:

Post a Comment