Monday, February 22, 2016

Batuk is gone

Alhamdulilah malam tadi lena tidur si kakak.
Masih lagi bersesak 3 beranak tidur di ruang tamu.
Tapi aku suka jer. 
Sebab mungkin lebih luas.
Ermmmm... padahal sama jer kot saiz tilamnya.
Saiko sangat kan.
Huhuhu...
Adalah 2 3 kali terjaga nak menyusu.
Tapi batuk memang tak dengar langsung.
Syukur sangat.
Aku paling takut kalau anak batuk malam-malam sampai tak boleh tidur.
Kesian sangat.


Pagi ni hantar ke rumah pengasuh, dengar juga sekali dua batuk.
Ada kahak sikit.
Harap-harap tak teruk sangat.
Sebab kakak masih tak pandai membuang kahak.
Mesti dia telan.


Pagi ni 6.30 dah gerak dari rumah.
Sebab nak elak jem macam pagi semalam.
Dalam pukul 7 pagi dah sampai rumah pengasuh.
Beli kuih 2 ketul bagi si kakak breakfast dulu.
Pukul 7.30 pagi baru aku gerak pergi office.
So biasanya pagi tu memang 'me time' kejap.
Lepak dalam kereta dalam 10 minit.
Buka telefon check mesej, reply, check email dan sebagainya.
Dah settle semua, angkut beg naik office.
Kadang-kadang singgah kantin.
Kadang-kadang dah beli siap dari area rumah pengasuh.
Kadang-kadang kawan office ajak makan luar.
Apa-apa pun breakfast is WAJIB.
Makan sikit pun takper.
Tapi tetap wajib.
Okeylah, dah lapar nak makan jap.
See u later.

Jemput jemput jemputlah makan.

Arini nak kongsi resepi membuat jemput-jemput.
Bahan-bahannya adalah:
1) lebihan biskut
2) air secukupnya


Cara-cara untuk membuatnya:
Hancurkan seberapa banyak biskut yang ada di rumah.
Hancurkan guna blender.
Seminit jer dah hancus menjadi debu-debu cinta.
Masukkan air secukupnya dan kacau sebati.
Sediakan kuali, masukkan minyak dan goreng.
Tadaaaaaaaaa...
Siap dah.




Terima kasih kepada rakan suamiku kerana rajin berkongsikan resepi simple dimple ni.
Bersemangat laki aku balik kerja selongkar almari carik biskut.


Sedapnyaaaaaaaaa... kata kakak.
Liatnyaaaaaaaaaaa... jawab mama.
Oh lupa nak beritahu, jemput-jemput ni not healthy yer sebab serap minyak berlebihan.
Apa-apa pun syabas inspektor sahab.
Atas usaha bersungguh membuat jemput-jemput special ni di malam-malam hari.
Andalah hero kami.
*Nangis jurai-jurai*

Sunday, February 21, 2016

Batuk kembali mengganas

Time ambil anak petang jumaat lepas, aku tengok dah soksek si kecik sorang tu.
Ada selsema sikit.
Berair sikit hujung-hujung hidung gitu.
Takde meleleh sangat.
Balik rumah jer terus bertukar jadi mak minyak.
Sapu essential oil (eo) brand Young Living kat belakang badan, dada dan tapak kaki.
Eo ni aku dah blend siap-siap untuk batuk dan selsema.
Diffuser problem pulak malam tu.
Tetiber dah siap pasang, tak keluar pulak wapnya.
Selalunya aku pasang diffuser tu kalau anak tak sihat.
Aku guna eo thieves untuk elakkan jangkitan atau halang kuman masuk dalam badan.
Macam protection untuk badan.


So iklan kejap yer.
Eo boleh guna dengan 2 cara.
1. Sapu pada kulit. 
Ini kerana kulit adalah organ terbesar pada tubuh jadi ada liang-liang roma boleh serap eo dengan baik.
Aku selalu sapu di bahagian tulang belakang, dada, kepala dan tapak kaki.


2. Inhale- inilah fungsinya diffuser.
Bila kita menarik nafas, molekul-molekul eo akan terus masuk ke paru-paru dan bahagian-bahagin lain dalam badan yang susah nak capai.

*Ini diffuser. Gambar dari google*


*Ini eo. Gambar dari google*


Back to the story.
Esoknya sabtu, suami aku dah bangun awal siap nak pergi kerja.
Tinggal lah kami dua beranak kat rumah.
Pagi-pagi makan roti jer.
Tengahari masak sambal ikan dan goreng sayur.
Itupun kejap-kejap berhenti buat kerja, melayan anak dara kejap nak itu kejap nak ini.
Settle masak terus pergi mandi.
Makan siap-siap kemudian tidurkan si kakak.
Lama juga dia tidur petang tu. 
Dari pukul 1 petang sampai pukul 5 petang.
Ayah dia balik pun kami tak sedar.
Punya syok tidur.
Petang tu dia dah start batuk-batuk.
Tapi sikit jer la.
Hingus makin banyak.
So selain sapu eo kat badan, aku sapu juga kunyit hidup kat hidung dia.
Malam tu order Dominos Pizza jer.
Tetiber teringin nak makan.


Malam tu dia tidur tak lena sangat.
Banyak terjaga.
Diffuser dah boleh guna tapi extension plug pula tertinggal kat kampung, susah pulak nak letakkan diffuser tu supaya kena dekat dengan anak.


Esoknya batuk dan selsema dah makin kerap.
Aku keep on sapu eo kat badan dia.
Diffuse siang malam.
Pagi ahad tu bangun memang rasa mengantuk sangat sebab Sophia tak lena tidur.
Bangun breakfast kejap lepas tu sambung tidur balik pukul 10 pagi.
Mengantuk sangat tak tahan mata oi!
Dalam pukul 12 tengahari anak aku lak masuk bilik, nak tidur juga.
Suami aku keluar pergi kenduri kahwin kawan dia.
So dah masakkan nasi goreng dan sambal sardin untuk lunch kami.
Mekacih la hubby.
Dalam pukul 1 petang, dua beranak ni bangun tidur and terus makan.
Pukul 3 petang ayah dia balik, mandi, tengok TV jap lepas tu nak rehat tidur.
Kami pun konon-konon sajer la nak join ayahnya tidur.
Sudahnya 3 beranak terbongkang tidur sekali.
Hahahaha.
Sedar-sedar dah 5.30 petang.
Memang balas dendam betul.
Tidur habis-habisan.
Huhuhu.
Tak jadi nak keluar beriadah kat Taman Kepong.


Malam tu kakak meragam sikit.
Asyik batuk tak berhenti.
Asal terjaga menangis.
Menangis kuat pulak tu.
Ayah dia pun kata jom lah tidur kat depan.
Takut ganggu jiran tidur.
So angkut semua tilam dengan diffuser bagai, tidurlah 3 beranak kat ruang tamu.
Walaupun ada kalanya dia berjaga 2 3 kali juga nangis-nangis batuk, tapi much more better dari time dia tidur kat bilik tadi.


Aku memang tak lena langsung.
5.30 pagi jam dah bunyi.
Ku gagahkan diri untuk bangun mandi.
Pagi ni memang tingtong sikit kepala ku.
Cepatlah jam pukul 5 petang.
Nak balik rehat.
Harap-harap malam ni kakak tidur lena.
Sembuh dari batuk selsemanya.
Aminnnnn....


Monday, February 15, 2016

Anak ke 2

Umur Sophia dah 2 tahun 3 bulan.
Kawan-kawan aku yang punya anak sebaya Sophia, kebanyakkannya sudah menambah anak lain.
While me, masih belum bersedia.
Anak masih menyusu adalah alasan utama aku.
Walaupun tidur malam aku masih tidak normal kerana Sophia masih aktif menyusu malam, aku rasa suka dan masih enjoy breastfeeding journey tu.
Anak kau meragam, kau bagi jer susu.
Anak kau nak tidur, kau bagi jer susu.
Anak kau nak bermanja, kau bagi jer susu.
Anak kau nakkan perhatian, kau bagi jer susu.
Anak kau taknak makan minum, kau bagi jer susu.
Anak kau tak sihat, kau bagi jer susu.
Anak kau nak comfort, kau bagi jer susu.
Susu yang dimaksudkan di sini adalah susu ibu yang diberikan secara direct yer.


Tapi kisah di sebaliknya, memang sukar sedikitlah untuk kau buat kerja-kerja lain.
Memang sukar sedikitlah untuk kau tinggalkan anak pada orang lain untuk dijaga.
Memang sukar sedikitlah tidur malam kau sebab kena bangun ikut keperluan menyusu anak.
Memang sukar sedikitlah kau tak kan ada me time sendiri.


Aku sebenar-benarnya belum juga bersedia untuk berhenti susukan Sophia.
Sebab dengan cara itu sahaja, kami dapat eratkan bonding kami berdua.
Masa tu lah nak berpeluk, bersayang, bergurau bagai kan.
Nak bawa dia travel mana-mana pun senang.
Bagi susu, lena lah dia tidur.
Cuma aku jer lah kena tahan sakit badan duduk dalam kereta dengan posisi memangku anak.
Huhuhu.


Pasal tambah anak ke dua ni, memang masih rasa belum mampu dari segi fizikal dan mental.
Sebab aku yang uruskan anak ke rumah pengasuh, ambil dan hantar setiap hari.
So part yang sedikit stress adalah part bangun pagi (sebab malam memang tidur tak lena), part tersangkut dalam jem, dan part anak tantrum dalam kereta (nak menyusu, nak tidur dan sebagainya).
Kecualilah husband aku willing nak uruskan kami setiap hari, so aku akan gembira.
Hahahaha.
*Berangan jer lah*


Selain dari tu, kerja aku dalam bidang penyiaran ni juga antara penyebab stress juga.
Ikutkan hati nak tukar kerja lain jer.
Yang tidak perlu bekerja pada hari cuti.
Yang tidak perlu bekerja di luar kawasan.
Yang tidak perlu tinggal anak.
Kalau dapat spesies Sophia reject botol susu memang menangis sama-samalah orang yang menjaganya.


Kadang- kadang risau juga, sebab umur dah meningkat.
Nak tunggu sampai bersedia, entah bila kan.
Takut nanti bila kita nak anak lagi, Allah tak bagi.
Aku takut juga kalau macam tu.
Tapi hanya aku faham diri aku macam mana.
Aku ni tak boleh stress sangat.
Mulalah nanti orang sekeliling terima tempias.
Especially ayah Sophia.
Entah berapa banyak dah dosa aku ni.
Gulp!


Hajat di hati kasi Sophia besar sikit.
3 atau 4 tahun ker kan.
Fokus dulu pada dia seorang.
Kang esok dua-dua anak menangis, aku pulak kunci pintu bilik air menangis sorang-sorang.
Siapa nak jawab tu?

Mood sedih

Malam tadi tak tahu apa pasal rasa sedih sangat-sangat.
Dalam pukul 9 malam, 3 beranak dah masuk tidur awal.
Aku memang dah rasa mengantuk sangat tapi tiba-tiba mata tak nak pejam.
Fikir macam- macam benda.
Dan secara tiba-tiba aku rasa sedih dan terus meleleh air mata.
Eh apakah kan.
Nak kata period, tak period.
Nak kata mengandung, memang tak mengandung.
Sebab aku memang dah lama sangat tak feeling sedih macam ni.
Tak ingat pun bila kali terakhir menitiskan air mata.
Dan malam tadi, memang berjurai-jurai air mata aku keluar.
Aku jadi macam takut kena tinggal.
Takut takde orang nak kawan dengan aku.
Takut kalau aku tiada kepentingan dalam hidup orang lain.
Eh macam-macam yang aku fikir.
Rasanya nak dekat pukul 11 malam baru aku boleh tidur.
Harini dah masuk office terus rasa nak google pasal self of belonging.
Aku ni dah kenapa?????

Sunday, February 14, 2016

Mandi laut

Cuti Chinese New Year aritu lama jugak dalam 4 hari macam tu.
So jumaat malam pun orang dah berpusu-pusu nak balik kampung.
Kami pula gerak balik lewat sehari.
Sabtu malam baru balik Ipoh.
Jem sikit kat laluan Slim River to Simpang Pulai.
Selepas dari R&R Ladang Bikam memang clear jalan.
So takde jem teruk sangat.
Total perjalanan pun dalam 3 jam gitu.


Esok pagi ahad, kami plan nak pergi pantai Teluk Batik.
Dalam pukul 830 pagi kami dah gerak dari Tambun.
Pergi satu kereta jer sebab tak ramai follow.
Ada mak mertua, kakak ipar and her daughter.
Plus kami sekeluarga.
Jumlah peserta 6 orang sahaja.


Perjalanan dari Ipoh ke Teluk Batik dalam 2 jam.
Ikut arah nak ke Lumut.
Kami sampai dalam pukul 11 pagi.
Wah, ramainya manusia.
Mujur ada tempat redup cepat-cepat bentang tikar.
Perut masing-masing dah berbunyi.
Mak dah sediakan bekalan makanan awal-awal dari rumah.
Mak masak bihun dan beli nasi lemak sebagai tambahan.
Thanks mak.
Menantu sorang ni melenggang jer bawak perut.
: p


Semua orang pun isi perut dulu.
Sophia excited tukar swimming suit siap-siap.
Cuaca macam panas jugak, so lepak makan dulu.
Redup kang baru kita masuk laut yer.
Ni second time anak dara aku mandi laut.
First time dulu kat Pulau Perhentian.
Baru umur 5 bulan, masih tidak mengerti apa-apa.
Redha jer kalau kena rendam.
Kuikui.
Sekarang ni dah besar, tak tau apa respondnya.




Lepak makan dulu.
Panaih oi!



Haaaaa... ni respond dia.
Uwaaaaaa... anak den takut air laut.
Datang ombak terus teriak.



Terus pergi beli pelampung itik warna kuning tu.
Konon nak bagi hilang takut.
So ayah dan sepupu dia tolong tolak pelampung ni.





Okey, percubaan tak berjaya.
Beliao memang takut ayaq laut.



Kesudahannya, moh ler main pasir jer.
Pergi beli mainan korek pasir ada jual kat situ.
Awal-awal pijak pasir pun takut-takut.
Siap jerit nak kasut... nak kasutttttt.
Geli nau... Huh!
Dah lama-lama baru okey.
Nak tanam kaki pun jerit-jerit taknak.
Geli tengok kaki kotor.
Sabo jer lah mak kau ni.
Tengok anak macam diva.



Tak lama pun duk sini.
Anak pun tak mesra laut sangat.
Settle main pasir terus mandi kan dia.
Cuaca pun macam nak hujan jer.
Aku memang tak mandi langsung.
Baju pun tak bawa.
Sebab malas nak tukar-tukar baju kat public toilet.

So far bersih jer pantai ni.
Aktiviti sukan air pun ada.
Nak naik banana boat boleh, nak naik bot laju pusing-pusing pantai pun boleh.
Kami gerak balik dalam pukul 1 petang macam tu, hujan pun dah start turun. 
Sempat gak singgah Taman Paya Bakau tengok monyet.
Diorang semua turun bawa kacang tanah kasik monyet makan.
Aku memang tak nak turun kereta sebab pernah ada cerita tak best dengan monyet masa kecik-kecik dulu.
So fobia sikit.
Dah setel semua, kitaorang pun terus gerak balik Ipoh.
Masing-masing dah penat, semua tidoq dalam kereta.
Tinggallah encik driver menahan mengantuk sorang-sorang.
Kuikui.
Tak best kan jadi driver.
Till then, sayonara.



Thursday, February 4, 2016

Trip gajah


Dua minggu lepas dah sakan cuti tiga hari sebab Thaipusam, kemudian minggu seterusnya pun dapat cuti Hari Wilayah lagi. 
So cuti tiga hari kan, dah plan dengan husband jom pergi Kuala Gandah tengok gajah.
Ini kali ke tiga aku ke sana.
Dua kali pergi time bujang-bujang dulu.
Trip dengan member satu, dan trip sambil berkerja satu.
Kali ni sajer jer nak bawa family jauh sikit dari rumah.
Boleh tengok gajah secara dekat.
Kalau pergi zoo negara, tak dapat nak tengok close up gajah.


So kitaorang gerak dari rumah dalam pukul 11 pagi gitu.
Kalau dari KL, lalu tol Gombak ikut Lebuhraya Pantai Timur dan exit tol Lanchang.
Perjalanan dalam satu jam setengah.
Lepas dari tol Lanchang, ada simpang tiga masuk kanan dan terus jer follow signboard ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary.
Straight jer dalam 15km macam tu.
Jangan risau kalau laluan tu macam jalan kampung, itulah jalan yang betul.
Hahahaha.
Mula- mula suami aku confused juga betul ker jalan tu.
Aku pun ingat- ingat lupa sebenarnya tapi sebab dah baca review dari blog lain sebelum datang, so memang confident sokmo.
Sebelum sampai tempat gajah memang akan nampak deerland belah kanan dulu.
Ada juga homestay, rumah orang asli dan juga tempat untuk aktiviti lasak di sepanjang laluan tu.
Jalan kampung tu kecil je so hati-hati jangan laju-laju sangat sebab jalan two way juga tu.


Bila dah nampak pondok pengawal tempat gajah tu, terus jer masuk dan cari tempat parking.
Kami sampai dalam pukul 1 petang macam tu.
Ada show gajah pukul 2 petang.
Sophia pun tengah tidur so lepak kejap dalam kereta sementara suami pergi daftar untuk dapatkan sticker.
Lagipun matahari tengah panas terik rasa terbakar kulit.
Masuk adalah percuma sebab sanctuary ni under Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).





Gajah-gajah ini boleh dipegang dan di beri makan.
Makanan gajah macam tebu, pisang dan kacang ada di jual di situ.







Mula-mula berani, lama-lama dia takut tengok close up dalam lubang hidung belalai tu.
Hahahahaha...






Ni tempat jual makanan gajah.
Mainan patung pun ada jual sekali.












Cari tempat berlindung dari panas.
Ada jugak dua tiga pondok tapi dah penuh.
Tempat duduk memang tak banyak disediakan.


Kasik can lah sikit.
Kuikui...


Pukul 2 petang, jom masuk tempat show yang di sediakan.
Nasib baik tempat ni boleh duduk dan ada kipas juga.






Ramai orang especially hujung minggu.


Persembahan biasa-biasa sahaja.
Sekadar pengenalan nama gajah, asal usul dan sedikit gesture dari gajah tu.



Mokcik ni dah start boring tu.


Settle jer persembahan, orang ramai boleh bagi makan gajah kat sini.
Buah betik yang dah siap potong diaorang dah sediakan.



Aku memang tunggu part ni jer.
Gajah bermandi manda membersihkan diri.
















Dalam pukul 3 petang kami gerak balik.
Singgah kejap kat kedai makan kat luar post guard tu.
Order air dan makan bekal bihun goreng yang aku masak siap dari rumah.
Kedai tu tukang masaknya seorang jer.
Customer pun macam ramai.
So makan jer bekal sendiri.


Mula-mula rasa nak singgah deerland, tapi badan dah melekit-lekit, moh ler kita check in hotel cepat.
Nak mandi nak rehat cepat.
Cuaca panas sangat memang bikin kepala aku berdenyut-denyut.
Kami stay kat hotel u design di Temerloh.
Guna waze jer senang nak cari.
Book melalui telefon pun boleh.
Tak ada masalah.
Selesa juga biliknya.
Breakfast is not included tapi jangan risau, bawah hotel jer ada banyak kedai makan.
Kopitiam ada mamak ada.


Malam tu dinner di kedai tomyam.
Dekat jer dengan hotel.
Lepas tu singgah jap kat mall belakang hotel.
Malam-malam tak meriah sangat di Temerloh.
Cadangnya esok nak pergi kedai Go Bang yang famous dengan ikan patin.
Tuptap malam tu si Sophia demam.
Mungkin sebab panas sangat siang tadi.
Tu yang sampai demam di buatnya.
So esoknya ahad, check out hotel 10.30 pagi and terus shoot balik KL.
Tak sempat nak singgah mana-mana.
Anak tak sihat merengek sikit.
Nasib baik malam tu dah baik demam.
Lega hati mak ni.
Huhuhu.
  
So next vacation ke mana pula yer.
Ermmmmmmm...
Nanti akan difikirkan.
Okey daaaaaa.
Sayonara.