Tuesday, May 3, 2016

Cuti Hari Pekerja

Last week balik Ipoh sebab cuti 3 hari memandangkan 1 Mei jatuh pada hari ahad.
Tapi kami gerak lewat sikit dari KL, lagipun mak aku ada kerja catering sabtu tu, so we decided untuk balik sabtu selepas lunch.
Ingatkan tak jem.
Rupa-rupanya jem jugak sabtu tu walaupun gerak pukul 2 petang.
Sampai Ipoh dalam 7.30 malam.
Lena si kakak tidur 4 jam tu.
Malamnya bertabahlah tidur lewat.


Bahang betul kat Ipoh.
Lain macam panasnya.
Dah buka 2 kipas pun aku masih tak rasa sejuk.
Bahang sangat-sangat.
Bertabahlah kome yang duduk Ipoh yer.
Dua malam tidur umah mak, memang terbongkanglah 3 beranak kat ruang tamu.
Ahad tu bawa mak pergi beli barang dapur kat Mydin Meru.
Kakak pun suka lah dapat keluar jalan-jalan kan.


Tak puas rasanya cuti.
Isnin pagi pukul 10 dah gerak sebab takut kalau lambat nanti jem. 
Alhamdulilah jalan clear.
Kawan aku kata pukul 1 petang dah start jem.


Next balik tak tau lagi bila.
Maybe sebelum puasa atau masa puasa.
Bulan Mei ni memang jadual shooting aku dah full.
So tunggu settle, baru boleh balik kampung dengan aman.
Insyaallah.

No comments:

Post a Comment