Wednesday, May 18, 2016

Tak sihat

Quick update.
Arini down with fever and flu.
Jumaat lepas (13 Mei), aku amek cuti kecemasan (EL) sebab kakak demam.
Memang demam yang tak kebah-kebah walaupun dah jerlum and on essential oils.
Selera makan kurang.
Nak menyusu sahaja.
Sabtu petang nangis-nangis minta donut snowy.
Kami laju- laju bersiap keluar pergi Jusco belakang rumah tapau donut dari Big Apple.
Berselera makannya.


Ahad pagi kami bawa dia keluar jalan-jalan.
Manalah tau, kot hilang demamnya.
Sekejap jer pun keluar, pastu takde mood.
Petang tu ajak husband pergi klinik sebab dah 3 hari demam tak kebah langsung.
Bila doktor check dalam mulut, dapat kesan ulser di bahagian kiri dan kanan tekak.
Gusi pun dah kemerahan.
Panas dalam kan.
Time tu juga kena sumbat ubat supp (ubat bontot) sebab suhu dah cecah 38.2.
Other than that, dapat antibiotik dan oral aid untuk ulsernya.
Ni first time ambil ubat selepas 9 bulan tak jejak klinik.


Isnin tu lewat sikit masuk office dalam 11 pagi gitu.
Lagipun petang at 2.30 pm ada shooting kat Cheras.
Risau juga nak pergi kerja mulanya, sebab takut dia belum sihat lagi sebab lepas 4 jam ubat bontot tu, suhu badan dia panas balik ahad malam tu.
Pemgasuh cakap memang dia ada meragam and merengek sikit.
Yerla, mungkin sebab ulser dalam mulut tu yang buat dia tak selesa.
So minggu ni (isnin-khamis), aku bagi bekal bubur nasi+sup tulang.
Tapi itulah, dia tak banyak makan and minum.
Harap menyusu jer.
Kesian tengok.
Pagi-pagi memang sejam jugalah menemankan dia di rumah pengasuh.
Petang semalam masa ambil dia kat rumah pengasuh, dengar juga dia menangis.
Laju-laju bawa balik rumah.
Dah sampai rumah, nampak dah ok sikit.
Dah boleh main, gelak semua.
Cuma makan jer belum nak lagi.
Hirup sup sahaja.


Semalam ayahnya down with fever.
Dapat MC dua hari, rabu & khamis.
Semalam pun actually aku dah rasa tak sedap badan.
Sakit tekak, selsema, semua tapi paksa diri bangun pergi kerja sebab nak bagi husband rehat di rumah.
Kalau aku ambil cuti, siapa nak uruskan siapa pulak kan.
Tak apalah, aku kuatkan hati uruskan anak dulu.
Bagi husband rehat secukupnya dua hari ni.
Mujur minggu ni hanya shooting isnin sahaja.
Kalau tak, letih juga.
Arini rasa berat sikit kepala, badan panas sikit, tekak pedih, flu macam air paip, tidur memang belum lena lagi ni.
Dari jumaat, memang aku jadi burung hantu tak tidur malam.-Harap-harap kami bertiga cepat-cepat sihat.
Bila salah seorang sakit, memang pincang rasanya.

No comments:

Post a Comment