Sunday, November 29, 2015

Post-birthday-celebration.


Wah, bukan main siap ada post birthday pulak yer.
Aritu celebrate bertiga jer kan.
Kali ni kita sambut dengan nenek, opah, tok abah, saudara mara dan jiran-jiran kat kampung halaman di Ipoh.
Combine sekali dengan kenduri kesyukuran untuk adik aku yang berangkat ke Sandakan, Sabah untuk melangsungkan pernikahannya di sana.
Aku memang tak dapat nak join pergi Sabah sebab cuti tinggal sikit jer tahun ni.
So mak dan abah jer yang pergi sambil ditemani rakan rapat mereka.
(Ketika post ini ditulis, adik aku dah selamat bernikah dengan pilihan hatinya pada 20 November which is Jumaat yang lalu) 
So buat kenduri doa selamat ni awal seminggu pada 14 Nov, sabtu lepas.
Sophia pun genap 2 tahun 2 minggu time tu.
Kita baca yasin dan makan-makan sikit.
Si kecik ni bukan main excited dapat pakai baju princess.
Sekarang ni dia amat berkecenderungan untuk bergaya.
Korang tengok ler gambar dia bukan main dah pandai nak bermekap.



Tolong mekapkan neneknya sekali.



Yang pastinya lipstik ni bukan aku yang punya. 
Nenek dia punya.




Eye shadow pun nenek kesayangan beliao yang punya.




Fuh!




Kek birthday red velvet ni order kat kawan aku.
Marvellous.


Crown penyepit rambut tu ayah dia yang belikan hari tu.
Mujur nak pakai.
Princess sangat.
*Tangan di bahu*


So, happy day for everyone.
Sayonara.

No comments:

Post a Comment