Tuesday, April 19, 2016

Family trip USS

Busy sangat dua tiga minggu ni.
Dengan hal keluarga hal percutian kami lagi.
So minggu ni dah settle semua benda baru ada masa nak jenguk-jenguk blog sendu ku.


Okey cerita last week, aku dan husband cuti tiga hari starting rabu (13-15 April).
Lokasi bercuti?
USS jer.
Tak jauh mana pun.
Hahahaha...
So rentetan perjalanannya adalah seperti berikut:


13 April 2016 (Rabu).
Gerak to Johor Bharu pukul 9am.
Breakfast semua bagai dalam 1030am lalu tol Sg. Besi.
Pung pang pung pang pukul 2pm sampai di exit Skudai.
On waze cari hotel New York, terus check in 2.15pm.
Masuk bilik memang puas hati.
Besar dan luas.
Letak barang-barang semua, terus order lunch hotel punya.
Dah kelaparan sangat makan licin habis.
Lepas tu rehat, mandi dan tidur.
By 6pm bangun siap-siap nak keluar jalan-jalan mall.
Roger member Johorian, dia cadang pergi JBCC ala-ala Midvalley katanya.
Lokasi sebelah City Square.
JBCC dulunya Komtar.
So on waze semua, memang dekat juga dari hotel.
Jalan-jalan cuti mata, tukar duit kat money changer, chow balik hotel.
Dinner depan hotel jer.
Nama kedai Benafe apa tah.
Tak suka servis dia, makanan tak berapa kena tekak, surounding tak best.
Makan laju-laju,masuk bilik packing barang untuk ke USS esoknya.
Plannya hanya bawa satu backpack dan stroller sahaja.
Plus patung Hello Kitty besar dia, buat bantal tidur dalam bas.


14 April 2016 (Khamis).
Pukul 5am dah bangun.
Mandi semua siap apa yang patut, pukul 6.15am turun breakfast.
Makanan okey dan sedap.
By 7am, person in charge from Rajawali Bintang dah tunggu di lobi.
Dia bawa kereta sendiri pickup kami untuk hantar naik bas yang tunggu di tune hotel.
Dalam 7.20am kami dah sampai di luar Tune Hotel tapi bas kami tak sampai lagi.
Tunggu punya tunggu punya tunggu pukul 7.45am barulah dia memunculkan dirinya.
8.05am barulah bas bergerak ke imigresen.
8.30am kami kena turun di imigresen Malaysia.
Kat sini cepat jer settle.
Naik bas balik untuk ke imigresen Singapura.
Kat imigresen Singapura agak strict sikit, so kena bawa semua barang dari bas untuk diperiksa.
Kalau tak bawa keluar, nanti kena rampas.
So berjalanlah 3 beranak ni dengan stroller bagai.
Dah sampai lane imigresen, punyalah lama nak sampai turn kami.
Que tak panjang pun tapi lambat juga.
Sebab ada seorang tu tak lepas turn dia, macam ada masalah kat pasport dia, Filipino rasanya ker Thailand, entah tak ingat.
So officer tu menunggu another officer untuk datang kaunter dia untuk settle kan mamat tu.
Eh pakcik tu.

Lama tak lama lah.
Tapi bila turn family aku laju jer dia buat.
Dah scan barang semua, terus cari bas dan lepak dalam bas dulu.
Eh tapi lama juga kena tunggu.
Ada satu group budak- budak muda lambat betul sampai.
Jam dah 9.40 pagi baru start gerak dari imigresen.
Ayoooo, ni kira lambat dah.
Sudahnya 10.40 pagi baru sampai USS.
Terlepas 40 minit yang berharga kata suami aku.
So sebelum masuk tu wajib dulu ambil gambar kat port USS tu.



Kakak dah start gelisah tak sabar-sabar nak masuk.
Mama dan ayah lak excited bergambar.
Ada port cantik jer kita bergambar dulu.
Kemudian cari toilet settle kan apa-apa yang patut kemudian first port kita masuk madagascar.
Orang ramai tapi que sekejap jer.
Dalam 10 minit beratur dah sampai turn.
Duduk depan sekali baru syiokkkk.
Kakak seronok tak takut pun gelap dalam tu.
Kiri kanan ada karakter madagascar.
5 minit journey kami naik bot dalam terowong air tu.
Sempatlah merasa dua kali naik bot ni.



Kemudian kami proceed ke tempat far-far away kingdom.
Tonton Shrek 4D.
Masing-masing duduk kat seat macam panggung wayang tu.
Selain dari grafik 4D yang best, kerusi tu pun boleh bergerak-gerak yer.
Konon-konon kita berada dalam watak Shrek tu.
Siap ada basah sikit mana tah datangnya percikan air.
Kakak siap pegang cermin mata 4D dia, sebab besar kan.
Kalau tak pakai, tak nampak real pulak effect 4D tu.
Show pun 5 minit juga.
Oh by the way, semua stroller kena tinggal kat luar building.
Don't worry, tak hilang pun.
Banyak jer stroller berkumpul kat luar tu.



Kemudian terus merayau-merayau masuk tempat tu masuk tempat ni.
Mana yang sesuai masuk bawa anak, kita masuk.
Yang tak sesuai, kami tak masuk.
Kecuali transformers tu memang bergilir-gilirlah masuk.
Best giler giler best.
Dia punya 4D tu a big wow okey.
Eh suka sangat aku.
Macam real jer dalam battle robot-robot besar tu.
5 minit sekejap sangat rasanya.
Que pun tak lama.
Aku masuk ikut lane single rider.
Pergh, tak payah tunggu lama-lama.
Best wooooo pergi weekdays.


By 1 tengahari memang dah lapar, terus makan kat food court beli nasi ayam.
Kakak pulak dah tidur letak dalam stroller memang dah molek sangat la.
So kami pun terus berjalan-jalan melihat street show.
Masuk kedai souvenir nak merasa air cond.
Hahahahahaha.
Pastu ambil gambar posing sana sini.
Badan melekit-melekit pergi toilet tukar baju.


Kakak peminat tegar maskot-maskot madagascar.
So lepas diorang buat show kat luar tu, berkejaran la 3 beranak ni beratur nak ambil gambar.
Boleh tahan panjang que nya.
Mengalahkan beratur untuk main game.
So sempatlah bergambar dengan Alex the lion dan Gloria the hippo.
Yang lain-lain, mak tak dayo nak que.
Minion pun tak dapat nak ambil gambar sama.
Sepanjang-panjang que.
Fuh, boleh tahan eksklusif diorang ni.
Cukup masa, no more photos, balik ke tempat masing-masing, strict juga penjagaan diorang.


Jam 6.00 lebih, kitaorang pun slowly keluar.
Sambung balik lepak kat luar kejap.
By 6.30 pm terus naik bas.
Bas gerak 7.15pm.
Dalam pukul 9 pm, selamat sampai hotel.
Tapau dinner, makan kat bilik dan tidurrrrrrrrr.
Fuh penat sangat.
Lena tidur masing-masing.


15 April 2016 (Jumaat).
Bangun mandi turun sarapan pukul 9am.
Lepas tu naik bilik, sambung tidur.
Hahahahaha.
Dalam sejam lelap, terus bangun packing barang.
Check out 10 minit lagi sebelum 12pm.
Terus shoot balik KL.
So bye-bye Johor.
Semoga berjumpa lagi di lain masa.

No comments:

Post a Comment