Monday, April 4, 2016

Operasi dihentikan

Bermula isnin lepas (21 Mac), aku sudah berhenti dari mengepam susu di office.
So sekarang aku hanya bekalkan susu segar Farmfresh utk pengasuh kakak.
Tapi kakak masih menyusu secara direct lagi bila aku ada di rumah.
Bila dia nak berhenti?
Wallahualam.


Entry sebelum ni aku ada beritahu yang kakak ada follow aku ke office seminggu sebab anak pengasuh kena chicken pox kan (14 Mac-18 Mac).
(Boleh refer link ini)


Masa tu memang aku tak mengepam susu, just bagi direct jer sebab dia 24 jam dengan aku.
So minggu seterusnya tu aku tekad untuk tidak mengepam lagi.
Tapi pam susu tu aku masih lagi bawa hari-hari incase la kalau bengkak susu yang teruk ker kan.
Seminggu awal tu memang rasa tak selesa sangat especially bila dah masuk tengahari macam tu.
Rasa berdenyut-denyut jer.
Tapi aku abaikan perasaan itu.
Buat tak tahu jer.
Lama-lama dah okey.


Minggu ni dah tak ada lagi rasa denyut-denyut menyucuk-nyucuk itu.
So hari ni genaplah 11 hari aku tidak mengepam susu di office.
Aku bukannya apa, bulan depan Insyaallah dah start busy dengan shooting semua.
So nak kena fokus dengan kerja, tak payah pening-pening dengan rutin mengepam susu.
Kalau aku kerja dalam office, tak keluar pergi mana-mana, boleh jer nak continue mengepam. 
Tapi kalau outdoor, i think enough la kot.
Lagipun umur kakak dah 2 tahun 5 bulan.
Aku bagi direct jer bila balik rumah.
Lagipun kena train untuk putus susu juga kan.
Harapan aku, biarlah dia berhenti sendiri.
Tak perlu paksaaan.
Ingat senang ker wei.
Tercalar habis emosi emak dan anak.
Cewah.
Malam-malam memang belum lagi dapat tidur dengan lena sebab kakak memang kuat menyusu malam.
Bangun pagi tu memang bercinta abis.
Ngantuk wei.
Rasa macam nak berhenti kerja jer sebab aku rasa malas sangat nak bangun pagi.
Kuikui...


So sekarang settle dah satu perkara.
Target menyusukan anak sampai umur 2 tahun dah tercapai dengan jayanya.
Alhamdulilah.
Beg dan peralatan mengepam dah selamat aku simpan.
Lepas ni dah boleh start hunting for handbag pulak.
Goodbye backpack.
Berjumpa lagi di waktu yang lain.
2 tahun lebih wei, aku mengangkut bagpack berat ke hulu ke hilir.
Bawa pergi shooting kemana-mana.
Fuh berjasa sungguh beg merah itu.
Sampai koyak jadinya.
Demi hak anak, ku relakan jiwa.


Kadang-kadang tu memang rindu, bila sesuatu benda tu dah jadi rutin harian.
But life must goes on.
Kakak pun dah besar.
Manja sangat dengan aku.
Tak boleh langsung berenggang.
Macam magnet.
Hasil minum susu ibu, Insyaallah bonding tu memang kuat sangat.


No comments:

Post a Comment