Monday, May 16, 2016

Shooting WALLA (Part 4) - satay willy


Tarikh: 12 Mei 2016 (Khamis)
Lokasi: Shah Alam
Episod: Sate
Segmen: 2 (Bersama Blogger)
Blogger: www.inaainaa.com
Pemilik: Encik Muiz dan Encik Azhar
Krew RTM: Wahid, Zamri, Alias, Zarif, Zafir, Ijat & Nurul.




Bahan-bahan yang digunakan untuk perapan sate adalah:
Bawang merah, lengkuas, mentega, serai, gula, kunyit dan jintan manis.
Bahan-bahan untuk kuah kacang pula adalah:
Bawang merah, cili boh, kacang, minyak, garam dan gula melaka.


Selain sate ayam, daging dan kambing sebagai menu utama, Restoran Willy Satay turut menyediakan pelbagai menu lain seperti Nasi Kerabu Satay, Char Kuew Tiau dan Nasi Kak Wok.


Harga adalah seperti berikut:
Sate ayam & daging - RM1/pcs.
Sate perut- RM1.20/pcs.
Sate kambing - RM1.40/pcs.
Nasi Kak Wok- RM5.
Set nasi kak wok + teh o ais- RM6.
Nasi Kerabu Sate- RM7.50.
Set nasi kerabu sate + jus tembikai- RM10.
Char Kuey Tiaw- RM5.50.


Kedai ini beroperasi setiap hari dari jam 12 tengahari hingga 11 malam.
For details, boleh tengok blog ina aina:
Ina Aina blogger jemputan rancangan WALLA.
 facebook: MENU KITA-WALLA.
Instagram: wallaumd & abangbrian.

Wednesday, May 11, 2016

Shooting WALLA (part 3) - satay sekinchan


Tarikh: 10 Mei 2016 (Selasa)
Lokasi: Sekinchan
Episod: Sate
Segmen: 1 (Street food)
Pemilik: Abang Irwan
Krew RTM: Suhaimi, Veeran, Harun, Nurul & Ijat.





So apa yang special kat Warisan Satay Sekinchan ni?
Kebiasaannya kita makan sate ayam dan daging jer kan.
Tapi kat sini, yang bestnya ada sate itik, sate rusa dan yang paling rare adalah sate lutut ayam.
Tapi supply untuk lutut ayam adalah sangat limited.


Untuk buat bahan perapan, bahan yang digunakan adalah bawang merah, bawang putih, serai, jintan putih dan ketumbar. Blend sampai hancur dan perap selama setengah jam. Kemudian bakar.


For details, boleh tengok facebook: MENU KITA-WALLA.
Instagram: wallaumd & abangbrian.

Shooting WALLA (part 2) - lontong asli


Tarikh: 9 Mei 2016 (Isnin)
Lokasi: Gerai no. 8
Medan Selera Taman Datuk Senu, Sentul
Episod: Lontong
Segmen: 1 (Street food)
Pemilik: Mak Ani
Krew RTM: Wak Sahuri, Fakrudin, Zarif, Zaril & Ijat.





 Lontong Asli.
Caranya adalah isi beras dengan daun pisang batu dan rebus.
Isinya akan menjadi kehijauan.
Selain di makan dengan kuah lodeh, boleh juga tambah lauk lain seperti rendang daging, sambal sotong, sambal paru dan kerang.
Harga berbeza mengikut jenis lauk.
Lontong biasa RM3.
Lontong sotong RM5.
Lontong rendang daging RM6.
Lontong paru RM5.


For details, boleh tengok facebook: MENU KITA-WALLA.
Instagram: wallaumd & abangbrian.

Shooting WALLA (part 1) - fickles cafe


Tarikh: 21 April 2016 (Khamis)
Lokasi: Fikcles Cafe, TTDI
Episod: Lontong
Segmen: 2 (Bersama Blogger)
Blogger: www.nizamijam.com
Pemilik: Encik Ibrahim Adham
Krew RTM: Saiful, Veeran, Mad shah & Nurul.








Sesi bersama blogger Nizam.



Sesi interview dengan pemilik cafe.


Antara menu yang ada di Fikcles:

1) Monte Cristo - RM 18.90
Sandwich ayam dengan telur, keju dan bacon daging yang di panggang. Dihidangkan bersama kentang goreng dan salad.

2) Herb Crusted Lamb Rack - RM 35.90
Rusuk kambing di masak di atas kuali hingga separuh masak. Kemudian di masukkan ke dalam oven. Selepas 3 minit, keluarkan rusuk dan sapu dengan dijon mustard. Kemudian di salut bersama breadcrumb dan herba. Masukkan kembali ke dalam oven sehingga masak. Hidang bersama kentang lenyek dan sayur (kailan dan shimeiji).

3) Sliders - RM21.90
Burger mini dengan pati daging yang dibuat sendiri. Di panggang separuh masak. Disatukan dengan roti, bawang karamel, keju dan bacon daging untuk menjadi burger mini.

4) Salted Egg Squid - RM19.90
Sotong di goreng dengan sos mentega telur masin yang di gulung dengan roti tortilla bersama daun salad.



Lontong goreng adalah menu utama di Fikcles.
Nasi himpit di goreng dengan cili, bawang, halia, telur, kicap manis dan belacan. Di tambah dengan isi ayam, daun bawang, garam dan gula. Di hidang bersama telur mata dan papadom.
Harga: RM13.90


For details, boleh tengok blog nizamijam:
Nizam ijam blogger jemputan rancangan WALLA
facebook: MENU KITA-WALLA.
Instagram: wallaumd & abangbrian


Tuesday, May 3, 2016

Jalan-jalan I city


Dua minggu lepas punya cerita.
First time bawa family datang sini.
Sebelum ni datang untuk shooting jer.
Tapi shooting kat luar jer la.
Lagipun nak datang sini kena time malam baru meriah.


Nak masuk dalam tempat ni free jer.
Untuk entrance memang dia tak caj.
Tapi kalau nak main game barulah kena bayar.
Guna kad and topup la point.
Harga kad rm10.
Let say korang nak masuk Snowalk, isi rm30 dalam kad tu.
RM30 = 30 point.
Mahal kan.
Aku dan suami=RM60.
And it was like seriously membosankan.
Bosan+mahal= tak berbaloi.
Masa tu kami ambil kad pakej.
Sebab alang-alang kami nak masuk beberapa tempat yang totalnya rm100, so dorang suggest why don't ambil pakej RM120 jer.
Boleh ulang-ulang masuk ke beberapa tempat.
Aku ni pantang dengar ayat berulang-ulang masuk tu.
Suker la kan.
Tapi seriously nan hado.
Nak masuk lagi rasanya ermmmm tak yahlah.
Tak worth it rasanya.
Snowalk mengecewakan.
Mahal pulak tu. 
Tak best pun.
Red carpet, space mission, bla bla bla (tak ingat nama)... ohoi, baik pergi USS lagi best.
Eh!!!!
Itsy bitsy pun tak bagi anak aku main sebab bawah 90cm katanya.
Oh kecewa kakak.


Kalau nak jalan-jalan dalam I City tu memang free.
Standby duit parking jer.
Tapi kalau nak masuk tu, masuk ni, main ni main tu, standby lah duit banyak-banyak.
First visit tu boleh lah.
Nak datang lagi, rasanya tak dayo la teman.
Baik aku bawa kakak pergi Farm In The City lagi best.
Untuk kakak of course dah free.
Bagus laaa jugak bila tak cukup tinggi 90cm ni.
Tempat dah famous tapi ermmmmm entahlah aku rasa tak berbaloi sangat-sangat datang I City ni.
Just my opinion.
Korang rasa macam mana?






Trick Art Museum.


Red carpet yang ada patung lilin.


Kasik can la sesekali ayahnya nak enter frame.


Kakak dan Director Of Photography nya aka tukang ajar pose.


Snowalk yang sejuk beku.

Cuti Hari Pekerja

Last week balik Ipoh sebab cuti 3 hari memandangkan 1 Mei jatuh pada hari ahad.
Tapi kami gerak lewat sikit dari KL, lagipun mak aku ada kerja catering sabtu tu, so we decided untuk balik sabtu selepas lunch.
Ingatkan tak jem.
Rupa-rupanya jem jugak sabtu tu walaupun gerak pukul 2 petang.
Sampai Ipoh dalam 7.30 malam.
Lena si kakak tidur 4 jam tu.
Malamnya bertabahlah tidur lewat.


Bahang betul kat Ipoh.
Lain macam panasnya.
Dah buka 2 kipas pun aku masih tak rasa sejuk.
Bahang sangat-sangat.
Bertabahlah kome yang duduk Ipoh yer.
Dua malam tidur umah mak, memang terbongkanglah 3 beranak kat ruang tamu.
Ahad tu bawa mak pergi beli barang dapur kat Mydin Meru.
Kakak pun suka lah dapat keluar jalan-jalan kan.


Tak puas rasanya cuti.
Isnin pagi pukul 10 dah gerak sebab takut kalau lambat nanti jem. 
Alhamdulilah jalan clear.
Kawan aku kata pukul 1 petang dah start jem.


Next balik tak tau lagi bila.
Maybe sebelum puasa atau masa puasa.
Bulan Mei ni memang jadual shooting aku dah full.
So tunggu settle, baru boleh balik kampung dengan aman.
Insyaallah.

Majlis APC


Alhamdulilah.
Rezeki tahun ni.



Tarikh: 27 April 2016 (raptai penuh) & 28 April 2016 (Majlis APC).
Tempat: Kompleks KKMM,Presint 4, Putrajaya.
Penerima APC dari Unit Majalah & Dokumentari (UMD): Bos kami Puan Mispiah Hj. Karsahid (tahun lepas di Unit Berita Ehwal Semasa), aku, Balqis, Syad, Nona, Sukur & Danny.
Tagline: Kerana diriku begitu berharga.
*Okey itu mengada-ngada tambah sendiri.


By the way, syukur sangat.
Berkat kerja keras selama ni.
Moga boleh dapat lagi lah yer.
Ahax!!!