Wednesday, May 11, 2016

Shooting WALLA (part 1) - fickles cafe


Tarikh: 21 April 2016 (Khamis)
Lokasi: Fikcles Cafe, TTDI
Episod: Lontong
Segmen: 2 (Bersama Blogger)
Blogger: www.nizamijam.com
Pemilik: Encik Ibrahim Adham
Krew RTM: Saiful, Veeran, Mad shah & Nurul.








Sesi bersama blogger Nizam.



Sesi interview dengan pemilik cafe.


Antara menu yang ada di Fikcles:

1) Monte Cristo - RM 18.90
Sandwich ayam dengan telur, keju dan bacon daging yang di panggang. Dihidangkan bersama kentang goreng dan salad.

2) Herb Crusted Lamb Rack - RM 35.90
Rusuk kambing di masak di atas kuali hingga separuh masak. Kemudian di masukkan ke dalam oven. Selepas 3 minit, keluarkan rusuk dan sapu dengan dijon mustard. Kemudian di salut bersama breadcrumb dan herba. Masukkan kembali ke dalam oven sehingga masak. Hidang bersama kentang lenyek dan sayur (kailan dan shimeiji).

3) Sliders - RM21.90
Burger mini dengan pati daging yang dibuat sendiri. Di panggang separuh masak. Disatukan dengan roti, bawang karamel, keju dan bacon daging untuk menjadi burger mini.

4) Salted Egg Squid - RM19.90
Sotong di goreng dengan sos mentega telur masin yang di gulung dengan roti tortilla bersama daun salad.



Lontong goreng adalah menu utama di Fikcles.
Nasi himpit di goreng dengan cili, bawang, halia, telur, kicap manis dan belacan. Di tambah dengan isi ayam, daun bawang, garam dan gula. Di hidang bersama telur mata dan papadom.
Harga: RM13.90


For details, boleh tengok blog nizamijam:
Nizam ijam blogger jemputan rancangan WALLA
facebook: MENU KITA-WALLA.
Instagram: wallaumd & abangbrian


No comments:

Post a Comment