Wednesday, May 25, 2016

Shooting WALLA (part 6)- nasi bajet


Tarikh: 23 Mei 2016 (Isnin)
Lokasi: Taman Bukit Indah, Ampang
Episod: Nasi Bajet
Segmen: 1 (Street food)
Pemilik: Encik Zakaria & Puan Salmah
Krew RTM: Saad, Syukri, Sandivf & Ijat




Masa kami tiba di kawasan ni, memang meriah dengan pelbagai jenis gerai.
Gerai Nasi Bajet pun ada dalam 2 @ 3 gerai juga.
Sasaran WALLA kali ini adalah Gerai Nasi Bajet Nadi Salza.
Ada 3 lauk utama iaitu ayam goreng berempah, ikan keli dan daging black pepper.
Harga semuanya sama RM3.50.
Mana nak dapat harga serendah ini lagi pada zaman sekarang kan.
Boleh tambah 50 sen untuk tempe atau pedal/hati ayam.
Memang sedap yang amat bila nasi tu kita gaul-gaulkan dengan kuah kari dan sambal belacan.
Aku tapau untuk dinner memang licin abissssss.
Memang sedap.
Kalau korang nak try, lokasinya adalah berhampiran Masjid Bukit Indah.
Gerai ni bersebelahan dengan Restoran Shah Maju.


For details boleh tengok facebook MENU KITA-WALLA .
Atau instagram wallaumd @ abangbrian.


No comments:

Post a Comment