Monday, January 25, 2016

Anak demam


Dua minggu lepas adalah hari yang mencabar dalam hidup aku.
Bila anak sakit, memang tak tidur malamlah dibuatnya.
So aku buat kronologi cerita sikit.


14 Januari 2016.
Khamis (Day 1).
Malam tu suami cakap badan Sophia ada sikit panas.
I thought dedor-dedor sikit tapi rupa-rupanya memang panas.
Eh demam ni.
Malam tu tidur dia tak berapa lena sangat.
Menyusu jer sepanjang malam.


Jumaat (Day 2).
Aku ambil emergency leave.
Badan Sophia masih panas.
Suhu dalam 38.2 gitu.
Selalunya dan kebiasaanya, bila demam, dia masih aktif di siang hari.
Tapi hari tu, memang tak aktif pun.
Nak baring jer.
Nak tidur jer.
Memang minta susu.
Makan and minum tak nak.
Kesian tengok.
Siang tu aku rajin mandikan dia dalam tiga kali.
Selalunya bab mandi dia suka berendam lama-lama.
Kali ini nak mandi pun menangis-nangis.
Jirus laju-laju.
Kepala tak lap biar basah.
Pakaikan baju nipis.
Buka kipas and tidurkan dia.
So the whole day tu memang tidur jer.
Kalau bangun pun layan tengok kartun sahaja.
Lepas tu tidur balik.
Malam pun macam tu juga.
Tak ada mood nak main ke apa ke.
Aku minta suami standby ubat demam yang masuk bontot tu incase kalau malam-malam suhu dia mencanak naik ke 39°c atau 40°c.
Itupun kalau dah emergency sangat.
Sirap paracetamol ada jer dua botol kat rumah.
Standby juga.
Lepas tu aku kunci jam.
Setiap jam aku bangun untuk sapu minyak peppermint di tapak kaki dia dan jerlum kepala dia.
Sophia ni tak suka kalau kita letak kain lembap atas kepala dia.
So aku guna spray air jer.
Campur sikit air paip dengan cuka epal.
Syukur malam tu dia lena tidur.
Menyusu macam biasa.
Malam tu memang aku jadi burung hantu jaga anak sakit.


Sabtu (Day 3).
Pagi tu aku memang flat sungguh.
Terus sambung tidur sebab terlalu mengantuk.
Tugas menjaga anak di sambung oleh ayahnya.
Anak dah siap mandi semua, kami berdua terus tidur.
Check badan dia masih panas.
Dalam pukul 11 pagi gitu, husband kejut aku bagitahu dia nak pergi office kejap.
Dia ada belikan nasi lemak and kuih.
So lepas dia pergi kerja tu, aku bangun mandi and makan laju-laju.
Takut kang Sophia bangun menangis.
Now memang mood dia tak baik, dia kuat merengek sikit.
Kuat menangis.

Lepas dah siap makan, dalam pukul 1 petang macam tu, si kecik dah bangun aku layan dia tengok kartun.
Check badan masih panas.
Minyak pepermint dan spray air memang 24 jam pada aku.
Lepas tu aku mesej suami, kalau Sophia masih demam petang tu, kita pergi klinik.
So far tak ada selsema batuk.
Mungkin viral fever.
Fortunately petang tu, nampak dia dah okey.
Dah nampak aktif sikit.
Tak adalah nak terbaring tidur jer kan.
Suhu badan pun macam dah turun.
Alhamdulilah.
So tak jadi nak pergi klinik.
Malam tu aku balun sup tulang banyak-banyak.
Makan garlic supplement dan vitamin c.
Telan habatussauda semua bagai.
Sebagai ibu menyusu, itu cara untuk menyalurkan khasiat kepada anak.
Malam tu aku masih lagi kunci jam dan berjaga untuk pantau suhu badan dia.
Tidur malam lena.


Ahad (day 4).
Memang dah sihat nampaknya.
Aku ajak husband keluar pergi mall.
Bawa Sophia jalan-jalan kesian dia memerap kat rumah.
Sejam jer sempat lepak luar.
Budak kecik tu dah merengek nak balik tidur.
Mood tak baik.
Balik tu terus tidur.

Dekat pukul 6 petang juga baru bangun.
So far badan tak panas lagi.
Malam tu berselera dia makan nasi dan sup ayam.
Cuma emosi jer tak berapa stabil.
Kuat menangis.
Kadang-kadang tanpa sebab pun nak menangis,
Tabahlah mama dan ayahnya melayan.
Time anak tak sihat ni memang menguji kesabaran sikit.


Isnin (day 5).
So far okey.
Tak demam.
Aktif macam biasa.


Selasa (day 6).
Pengasuh whatsapp aku beritahu badan Sophia dedar balik.
Tak aktif sangat asyik tidur jer.
Petang tu ada mesyuarat di office.
Aku minta tolong pengasuh pantaukan suhu badan dia.
If tak okey, dan ada masalah lain, aku akan datang terus ambil.
Pengasuh kata so far okey cuma badan rasa dedar sikit.
Petang tu dalam pukul 430 petang baru aku dapat keluar ambil anak.
Ada rasa panas sikit badannya.
Ada selsema sikit.
Malam tu masing-masing tidur awal.
Aku pun dah flat sebenarnya.
Kepala berat semacam.
Husband balik lambat ada mesyuarat malam di office.
Kalau esok Sophia masih demam, kena juga bawa pergi klinik.


Rabu (Day 7).
Dah sihat sepenuhnya hari ini.
Syukur Alhamdulilah.
Now back to normal.
Aktif, ceria dan banyak akal.


So far, aku cuma guna natural remedies jer untuk Sophia.
Cuka epal, minyak kelapa dara (vco), air penyejuk badan cap badak, serta minyak essential peppermint, thieves dan lemon.
Sekarang ni musim panas kan.
Memang mudahlah nak kena sakit.
Musim denggi plak tu.
Sabor jer la.
Apa-apa pun prevention is better than cure.
Minum banyak air (nasihat untuk diri sendiri).
Jaga diri memasing okey.
Till then, sayonara.






No comments:

Post a Comment