Sunday, January 3, 2016

Awal tahun.


Tahun Baru.
Aku demam.
Dari malam tadi tidur tak lena.
Bersin tak berhenti.
Hidung berair.
Kepala berat.
Tidur pun nak dekat pukul 11 malam sebab layankan anak tak nak tidur awal.
Suami kerja balik lewat.
Bunyi bunga api berdentung dentang pun aku langsung tak dengar.


Bangun pagi tu dalam pukul 9, aku tarik selimut ke ruang tamu.
Selepas siapkan sarapan anak, aku sambung tidur di sofa sambil beritahu Sophia 'mama nak sleep. Mama demam'.
Pap, terus pengsan tak sedar diri.
Dalam mamai gitu, aku sempat beritahu suami, aku demam dan nak tidur.
Lepas tu dalam pukul 1 tengahari aku terjaga.
Tengok Sophia tengah main sorang-sorang.
Dah siap mandi.
Perut aku dah berbunyi-bunyi minta di isi.
Suami ajak keluar beli barang dapur.
Aku mulanya tak nak ikut.
Rasa tak larat lagi.
Nak jer minta husband tapaukan nasi.
Tapi tak boleh jugak, saper nak tengok anak.
Budak kecik ni bukannya boleh sorang-sorang tak ada orang nak layan dia.
Aku hanya mampu terbaring jer time tu.
Nak suruh dia bawa sekali Sophia keluar, lagilah payah.
Mana nak setelkan barang, mana nak setelkan dia lagi.
So dalam pukul 3 petang selepas Sophia dah bangun tidur, aku bangun mandi and bersiap.
Kepala rasa berat sangat.
Perut pun dah berlagu-lagu.
Kuatkan hati.
Gagahkan diri.
Kalau asyik tidur sepanjang hari pun mana nak sihat.


Sampai jer AEON Big Wangsa Maju, terus pergi makan dulu kat My Mom's Chicken Rice milik Linda Onn.
Bila dah buat order semua, dalam 10 minit macam tu, pelayan dia beritahu, menu nasi ayam lambat sikit nak kena tunggu.
Ayam dalam 35 minit nak kena salai, nasi 15 minit nak kena tanak.
Nasib baik aku order soto ayam jer.
Kesian kat anak dan suami nak makan nasi.
So tukar menu.
Dua tiga kali juga la pelayan tu datang beritahu pasal menu tu masalah, menu ni masalah.
Mesin rosak katanya.
Memang dugaan sungguh di Tahun Baru ni.
Kalau beritahu awal-awal kan senang, kami dah chow makan tempat lain.
Dah la perut sangat lapar dari pagi tak makan.
Nasib baik soto ayam aku sampai awal dari tu.
Tapi still tak kenyang sebab berkongsi dengan anak.
Kuantiti tak berapa banyak.
Kuah jer lebih.
Di hujung cerita, nasi yang sampai nasi lembik.
Lauk chicken fillet sweet sour yang husband aku order pun, tak sedap.
Dua tiga suap jer beliao mampu telan.
Sudahnya husband aku hilang selera and ajak keluar.
Sad ending di situ.


Kami terus naik ke tingkat atas ke arah supermarket.
Crowd boleh tahan.
Beli apa yang patut dan terus bayar.
Kepala masih tingtong.
Sebelum balik tapau dinner kat kedai makan area umah.
Tekak aku macam biasa nak sup tulang jer.
Balik umah mandi and sambung tidur.
Kepala berdenyut macam nak pecah.
Sapu minyak peppermint bagi reda sikit sakit.
Mujur esoknya sakit dah hilang.
Bolehlah ke pasar tani sambung beli barang makanan pula.


Tahun ni rasa macam nak rajin kan diri untuk memasak.
Jimat duit sikit.
Tapi bila pergi pasar pun tergamam juga tengok rm150 habis macam tu jer.
Aku beli ayam sekor, ikan, sotong, udang, buah dan sayur.
Fuh, dah lama tak pergi pasar.
Aku bajet dalam dua atau tiga minggu untuk bahan mentah ni. 
Itupun kalau hari- hari memasak.
Hari biasa memang tapau kedai jer.
Sampai rumah pun dah pukul berapa.
Itupun aku spend 30 minit awal dengan anak dulu sebelum buat kerja lain.
Kalau terus masuk dapur, memang tak jalan kerja aku.
Kan best ada maid tak payah nak masak.
Okey bye!!!

No comments:

Post a Comment