Wednesday, January 13, 2016

Bermimpi di siang hari


Aku jealous tengok budak-budak office sekarang berniaga buat side income.
Macam-macam diaorang buat.
Ada yang buat kek, brownies, puding bagai.
Ada yang jual tudung.
Ada yang jual nasi dagang, nasi kerabu, eh macam-macam lagi la.
Buat bisnes makanan, memang laku kalau jual kat office aku ni.
Pandai korang berniaga.
Macam aku, dah tepu otak berfikir.
Sebab tiada kepandaian.
Nak masak, tak pandai masak.
Nak jual produk, pemalu ya amat nak jumpa orang.
Nak jahit, memang tak mampu.
See...
Nangis ni.


Kalau setakat nak harapkan gaji sekarang ni memang berangan lah nak pergi bercuti mana-mana.
Eh, tak bersyukur pulak kan.
Orang lain tu sampai kebuluran kelaparan tak makan.
Vacation jer kau fikir.
Baiklah. Saya insaf.


Sesuatu yang menyedihkan bila diri ini tiada kepandaian yang boleh dibanggakan.
Kadang-kadang terasa macam looser sangat.
At least kalau pandai masak tu, macam-macam boleh jual kan.


Hasrat di hati ni tersangat-sangat teringin nak ada coffee house sendiri.
Menu nak ada makanan tradisional Malaysia dan campuran barat.
Berkonsepkan 90an, aku pasang lagu backstreet boys, spice girls, siti nurhaliza, ziana zain masa awal- awal nak naik dulu.
Hahahaha.
Ada corner untuk budak-budak main, ada mini library.
Siap dengan penjaga.
Don't worry.
Mak ayah sila makan dengan aman.
Hahahahaha...
Okeylah, nak sambung berangan.
Sayonara.


No comments:

Post a Comment