Monday, January 11, 2016

Dilwale





Minggu lepas berjaya juga aku layan DILWALE.
Panggung wayang memang full house memanjang.
Nak tengok better book tiket dulu.


Dan jangan pergi tengok dengan expectation yang tinggi melangit.
Just for fun and enjoy the movie.
Sebab kalau baca movie review, sedikit sebanyak akan buat kau stress especially bila semua dok bising- bising pasal kecantikan Kajol.
Eh mak memang stress tau.


30 minit pertama, memang tak ada apa-apa yang berlaku.
Selepas scene di hospital, baru rasa seronok.
Sewaktu pengenalan watak Kaali.
Fuh, berdebar-debar aku tengok Shah Rukh Khan lawan dush-dush.
Ada style la.
Masuk part Kajol, ayoyo eh perempuan, kenapa kau makin cantik?
Pakai qu putih ker macam mana?
Cerita yang bermula dengan mendatar tadi semakin menarik.
Actually part SRK dengan Kajol jer yang orang nak tengok kan.
Sebab gandingan mereka berdua ni memang hebat.


Jalan cerita biasa-biasa sahaja.
Tidak terlalu berat.
Boleh dijangka apa yang akan berlaku seterusnya.
Ramuan utamanya macam biasalah, ada percintaan, kasih sayang kekeluargaan, happy dan sedih.
Ditambah lagi dengan aksi tembak menembak, lagu dan tarian, memang cukuplah rempah dalam DILWALE ni.
Macam biasa, penonton lebih teruja dengan klip lagu Gerua yang superb.
Lagu Janam-janam paling aku suka.
Melodinya indah.
Cewah.
Frust sikit sebab part percintaan mereka tak banyak.
Rasa macam tak cukup, tak puas.
I want moreeeeeeeeee...
Eh.


Macam aku cakap awal-awal tadi, jangan expect terlalu tinggi.
Jangan bandingkan dengan filem lama Dilwale Dulhania Le Jayenge atau Kabhi Kushi Kabhi Gam.
Memang jauh lah antara langit dan bumi.
DILWALE hanyalah satu kisah cinta yang terhalang dek ayah masing-masing bermusuhan.
Akibat salah faham, mereka berpisah dan bertemu semula selepas 15 tahun.
Watak adik masing-masing hanyalah sebagai perencah penyedap cerita sahaja.
Watak mereka kurang menarik bagi aku.
Tapi aku puji sebab pengarah berjaya bagi karakter yang berlainan pada setiap watak.
Aku suka watak Mani, Oscar Bhai, Anwar dan King.
Lawak pun memang betul lawak.
Fresh idea.
Aku kadang-kadang confuse ini cerita lawak atau cerita sedih,
Hahahahahaha.


So berapa bintang?
Ermmmmmm... 3 bintang jer kot.
Baru tahu pengarahnya Rohit Shetty adalah pengarah yang sama untuk filem Chennai Ekspress.
Patutlah sinematografi cantik sangat.


Eh ada sesiapa perasan, last scene masa Kajol di hospital.
Ayat yang SRK sebut pasal senorita tu.
Hehehehe.
Kalau perasan baguslah.


Eh tau tak maksud DILWALE?
Dari hasil carian google, maksudnya adalah "berjiwa besar" atau Bahasa Inggerisnya adalah "big hearted".


Suami nak ajak tengok Bajirao Mastani.
Tengok trailer dah macam Devdas pula.
Oh pengarah yang sama rupanya.
Dah boleh bayang set and costumes macam mana.
Tak apa, dah tengok nanti, barulah kita komen ok.


1 comment:

  1. Cite ni so so je bagi kite.. Best pon sbb tgk gandingan kajol n srk tu balik je, hehe~

    ReplyDelete